awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bakar pusat tahfiz: Dua suspek dituduh membunuh

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
28/09/2017
08:46 MYT
Bakar pusat tahfiz: Dua suspek dituduh membunuh
Dua daripada tujuh suspek kes kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kampung Datuk Keramat dituduh dengan 23 pertuduhan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. - ASTRO AWANI / SHAHIR OMAR
Dua daripada tujuh suspek kes kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah (DQI), Kampung Datuk Keramat, 14 September lalu, dituduh dengan 23 pertuduhan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Pertuduhan terhadap kedua-dua suspek berusia 16 tahun itu dibaca di hadapan Majistret Siti Radziah Kamarudin bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Mengikut kertas pertuduhan, kedua-dua suspek bersama-sama pada 14 September, 2017 di antara jam 4.15 pagi hingga 6.45 pagi, dengan niat bersama telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian terhadap 23 mangsa di DQI.
Prosiding kes itu yang berlangsung dari 12.05 tengah hari sehingga 12.25 tengah hari dijalankan di Mahkamah Majistret 7 secara tertutup kerana ia melibatkan kes juvana di mana hanya keluarga tertuduh dibenarkan berada di bilik bicara.
BACA: Polis tahan remaja lelaki bantu siasatan tragedi kebakaran tahfiz
BACA: Kebakaran tahfiz: Disengajakan, silinder gas LPG punca api marak dengan cepat - Bomba
Pendakwaan kes dikendalikan Pengarah Pendakwaan Kuala Lumpur Othman Abdullah dan dua Timbalan Pendakwa Raya iaitu Mohd Nordin Ismail serta Nurakmal Farhan Aziz, manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.
BACA: Kebakaran tahfiz: Polis sambung reman tujuh suspek
BACA: Tujuh suspek dibawa ke pusat tahfiz bantu siasatan polis
Kesemua tujuh suspek tamat tempoh reman hari ini selepas direman selama 13 hari bermula 16 September lalu.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh sebelum ini dilaporkan berkata, enam daripada tujuh suspek itu didapati positif dadah jenis ganja dan dipercayai khayal ketika memulakan kebakaran itu, manakala dua daripadanya mempunyai rekod jenayah lampau iaitu gaduh dan curi.
Motif kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan faham akibat ejek-mengejek di antara suspek dengan segelintir penghuni asrama tahfiz itu yang bermula beberapa hari sebelum kejadian.
Seramai 21 pelajar lelaki berusia 6 hingga 17 tahun serta dua tenaga pengajar berusia 25 dan 26 tahun terkorban dalam kebakaran jam 5.15 pagi, 14 September lalu.
Tujuh mangsa termasuk enam pelajar pusat tahfiz itu turut cedera dalam tragedi berkenaan.
Topic Berkaitan
#Kampung Datuk Keramat
#Kanun Keseksaan
#kebakaran
#Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah
#Seksyen 302
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan