Balak hanyut menjadi punca beberapa jambatan di Kelantan runtuh semasa banjir besar atau 'bah kuning' yang berlaku Disember 2014 dan semasa air Sungai Kelantan meningkat baru-baru ini.
Perkara itu dimaklumkan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed selepas membuat tinjauan di jambatan sementara di Kampung Pemberian, di Kuala Krai hari ini.
Jambatan yang runtuh termasuk yang menghubungkan jambatan kereta api di Kemubu, Dabong.
Beberapa jambatan lain yang turut mengalami nasib sama, jambatan Setelu di Gua Musang dan Pulau Beluru di Tumpat dengan terbaru jambatan yang menghubungkan Kampung Pemberian dan Manjor, di Kuala Krai.
Kesemuanya runtuh kerana balak hanyut, lalu melanggar struktur jambatan.
"Kami mahu Kerajaan Negeri mengambil tindakan supaya balak tidak dibuang ke dalam sungai begitu sahaja, ini akan merosakkan jambatan yang dibina rendah sekaligus menyusahkan penduduk serta merugikan kerajaan," kata Mustapa.
Beliau sebelum itu, membuat tinjauan pembinaan jambatan sementara menggunakan fiber terapung yang dilakukan oleh Rejimen Kejuruteraan Askar Melayu Diraja.
Jambatan itu dibina bagi memudahkan penduduk di Kampung Pemberian melakukan aktiviti harian termasuk menghantar anak ke sekolah bermula Ahad.
ATM menempatkan anggotanya untuk memudahkan urusan penduduk Kampung Pemberian dan Manjor termasuk menyediakan bot sejak jambatan itu runtuh empat hari lalu.
Jambatan terapung itu akan dapat digunakan selepas kerja-kerja membuang kayu dan balak hanyut dilakukan.
Astro Awani
Sat Jan 02 2016
Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Kelantan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed (dua, kanan) melawat rumah kekal mangsa banjir di Kampung Telekong hari ini. - Foto Bernama
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Banjir: Penduduk Kampung Limau Kasturi terkenang peristiwa 'Bah Kuning 2014'
Paras air yang meningkat dengan cepat akibat hujan lebat sejak Isnin lepas mengingatkan semula penduduk kepada kejadian 10 tahun lepas.
Banjir: Kerajaan disaran pantau tahap kebersihan di PPS - Pakar
Tahap kebersihan diri dan keadaan logistik yang kurang memberangsangkan menjadi punca penularan penyakit berjangkit.
Gelombang kedua banjir: Mangsa di pantai timur meningkat
Setakat jam 6 pagi Rabu, jumlah mangsa di dua negeri, iaitu di Terengganu dan Kelantan, meningkat berbanding malam tadi.
Sungai Galas, Lebir mulai melimpah, penduduk di Gua Musang diarah siap sedia
Berpandukan situasi terkini paras air sungai dilihat naik dengan begitu cepat.
Sungai Belat Sri Damai, Sungai Luit, Maran lepasi paras bahaya
Sungai Belat di Sri Damai, Kuantan mencatat paras air setinggi 5.08m melebihi tahap bahaya.
Banjir: Jumlah mangsa kembali meningkat susulan amaran hujan lebat berterusan
1,093 mangsa daripada 326 keluarga kini ditempatkan di 27 PPS, di tujuh negeri.
AADK gerak #SkuadIhsanMadaniKDN bantu mangsa banjir
Keutamaan bantuan pascabanjir diletakkan kepada dua kawasan yang terjejas teruk iaitu di sekitar Pasir Mas, Kelantan dan Besut, Terengganu.
Banjir: Terengganu kembali pulih dengan semua PPS ditutup
Jumlah mangsa banjir di beberapa negeri lain catat sedikit peningkatan ke 10,636 orang setakat jam 9 pagi Sabtu.
Hujan lebat berterusan dijangka bermula Ahad ini
Luruan monsun berskala lemah hingga sederhana itu dijangka turut melanda Sarawak dan Sabah, termasuk negeri-negeri di barat Semenanjung.
Banjir: Situasi makin pulih di tujuh negeri
Menurut Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sebanyak 62 pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka di tujuh negeri.