awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bali bakal kenakan bayaran masuk AS$10 kepada pelancong asing

Bernama
Bernama
13/07/2023
11:44 MYT
Bali bakal kenakan bayaran masuk AS$10 kepada pelancong asing
Bali, yang mempunyai populasi kira-kira 4.2 juta orang, menerima kedatangan lebih 6.2 juta pelancong asing pada 2019 sebelum pandemik COVID-19 melanda. - Gambar fail
JAKARTA: Pelawat asing yang mengunjungi Bali bakal dikenakan yuran kemasukan sebanyak AS$10 seorang mulai tahun depan, menurut pejabat pelancongan pulau itu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Menurut pekeliling Pejabat Pelancongan Bali, bayaran yuran itu dijangka berkuat kuasa pada 1 Jan 2024 yang akan digunakan untuk program pemuliharaan alam sekitar dan pemeliharaan budaya.
Pelancong asing perlu membuat bayaran kepada pegawai imigresen di lapangan terbang atau pelabuhan sebaik tiba di Bali dan akan diberikan resit serta pelekat sebagai bukti pembayaran.
Pelancong wajib menyimpan resit dan pelekat sehingga mereka meninggalkan Bali, kata pejabat itu.
Bali, yang mempunyai populasi kira-kira 4.2 juta orang, menerima kedatangan lebih 6.2 juta pelancong asing pada 2019 sebelum pandemik COVID-19 melanda.
Jumlah itu menurun kepada hanya satu juta pada 2020 dan kurang daripada 100,000 pada separuh pertama 2021, menurut data rasmi.
Yuran kemasukan itu dijangka membantu mengekalkan kualiti pelancongan di Bali dan menyokong pembangunan mampan, menurut Ketua Pejabat Pelancongan Wilayah Bali, Putu Astawa.
"Dasar ini diharap dapat meningkatkan kesedaran dan tanggungjawab pelancong asing untuk turut serta dalam memelihara alam sekitar dan budaya Bali," katanya dalam pekeliling itu.
Minggu lalu, Gabenor Bali Wayan Koster berkata beliau mahu menjadikan pulau itu sebagai destinasi pelancong berkualiti yang menghormati budaya dan persekitaran tempatan, dengan mencontohi negara Bhutan yang mengehadkan bilangan dan mengenakan bayaran mahal kepada pelawat asing
Langkah itu dibuat susulan beberapa skandal melibatkan pelawat asing di Bali, seperti dua penulis blog Rusia yang berbogel di tapak suci dan seorang wanita Jerman tanpa seurat benang menganggu upacara yang sedang dijalankan di sebuah kuil.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bali
#Pelancong asing
#yuran kemasukan
#Pegawai Imigresen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan