awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Balik kampung: Aliran trafik di lebuh raya arah utara perlahan

Bernama
Bernama
02/05/2022
03:15 MYT
Balik kampung: Aliran trafik di lebuh raya arah utara perlahan
Aliran trafik di lebuh raya menghala ke utara dari Tapah ke Gopeng perlahan berikutan ramai yang masih mengambil peluang pulang ke kampung untuk menyambut Hari Raya hari ini. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Aliran trafik di lebuh raya menghala ke utara dari Tapah ke Gopeng perlahan berikutan ramai yang masih mengambil peluang pulang ke kampung untuk menyambut Hari Raya hari ini.
Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) ketika dihubungi berkata aliran trafik di laluan tersebut perlahan sejauh 8.3 kilometer namun di lebuh raya Kuala Lumpur-Karak dan Lebuhraya Pantai Timur lancar di kedua-dua arah.
Tinjauan Bernama di Plaza Tol Sungai Besi dan Plaza Tol Gombak juga mendapati jumlah kereta semakin meningkat di laluan tersebut tetapi perjalanan masih lancar.
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad semalam mengumumkan umat Islam di Malaysia menyambut Hari Raya Aidilfitri hari ini.
Sebelum ini, ramai menjangkakan Aidilfitri akan disambut pada 3 Mei namum kerana hari cuti umum Hari Pekerja yang jatuh pada Ahad menyebabkan ramai sudah memulakan perjalanan balik kampung bermula Jumaat minggu lepas.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1-800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/LLMinfotrafik.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Aidilfitri
#Aliran trafik di lebuh raya
#Tapah ke Gopeng
#LLM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan