awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Konsultan rugi RM690,500 ditipu pelaburan dalam talian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ban pecah antara punca banjir di Perak - MB

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
04/01/2021
14:00 MYT
Ban pecah antara punca banjir di Perak - MB
Mahani Zakaria, 69, berehat selepas mengalihkan barangan di rumahnya yang terjejas akibat banjir di Kampung Changkat Jong, Teluk Intan. - Bernama
SLIM RIVER:Selain hujan lebat berterusan lebih 24 jam, banjir yang melanda beberapa daerah di Perak turut disebabkan ban atau permatang sungai yang pecah.
Kejadian ban pecah dilaporkan berlaku di banyak tempat seperti di daerah Muallim dan Hilir Perak, menyebabkan kawasan di tepi Sungai Slim dan Sungai Bidor dinaiki air sehingga satu meter.
Menteri Besar, Datuk Saarani Mohamad memberi contoh, ban di Sungai Slim yang dibina berpuluh tahun lalu pecah menyebabkan Kampung Balun dan kawasan sekitarnya yang kali terakhir dilanda banjir pada 1971, turut dinaiki air.
“Memang Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) membuat ban ini yang sepatutnya berfungsi untuk mengelakkan banjir.
“Tetapi seperti yang kita maklum, apabila arus yang terlampau laju dan kuat, ia menyebabkan ban itu pecah,” katanya semasa ditemui ketika melawat mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara di Pejabat Kemas Muallim, di sini, hari ini.
Pusat pemindahan itu menempatkan 284 mangsa daripada 74 keluarga.
Menteri Besar itu berkata, JPS mengambil tindakan segera untuk membaiki semula ban yang pecah.
Dalam masa sama, beliau menasihatkan petugas dan mangsa di PPS di seluruh Perak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan bagi mengelakkan penularan COVID-19.
Menurutnya, mangsa juga perlu memantau anak-anak mereka supaya turut sama mematuhi SOP bagi mengelakkan berlaku kluster banjir.
Perak mencatatkan 1,010 mangsa banjir daripada 263 keluarga sehingga petang Isnin.
Kesemua mangsa ditempatkan di 14 buah PPS di daerah Muallim, Kampar, Hilir Perak dan Sungai Siput.
Topic Berkaitan
#banjir Perak
#Permatang
#Sungai
#pecah
#punca banjir
#Menteri Besar
#banjir
#dilanda
#Saarani Mohamad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan