SATU penemuan menakjubkan dari Mesir dilaporkan, di mana ahli arkeologi negara timur tengah itu berjaya menemui sebuah bandar yang hilang berusia kira-kira 3,000 tahun.

Kawasan yang ditemui menerusi satu misi arkeologi itu lengkap dengan tinggalan struktur rumah yang diperbuat daripada tanah liat, serta artifak-artifak bersejarah dan alatan dari zaman firaun.

Menurut Zahi Hawass, salah seorang ahli arkeologi dalam misi tersebut, bandar mati yang ditemui di selatan Luxor itu mungkin telah wujud sejak zaman King Amenhotep III dari dinasti ke-18.

Ahli arkeologi telah melakukan ekskavasi di kawasan sama sejak tahun lepas bagi menjejaki makam King Tutankhamun.

Zahi Hawass bercakap kepada media di bandar hilang yang ditemui di selatan Luxor, 10 Apr, 2021. (Foto AP)

Namun, dalam masa beberapa minggu sahaja, mereka menjejaki satu penemuan baharu yang dilihat seperti sebuah bandar yang besar. 


Antara tinggalan yang ditemui termasuk rangka manusia, sisa kapal arak, cincin, pasu, selendang, tembikar termasuk alatan menjahit.

Orang ramai mengunjungi bandar hilang yang ditemui di selatan Luxor, Mesir, 10 Apr, 2021. (Foto AP)