awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bomba terima 30 jentera FRT bernilai RM60 juta - Nga
Bekalan air di Melaka mencukupi untuk Aidilfitfi - Exco
Dentuman misteri kembali didengari, JMG Perak dan polis tidak terima aduan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lima sekeluarga disamun, barang kemas bernilai kira-kira RM130,000 dilarikan

Bernama
Bernama
09/02/2026
14:20 MYT
Lima sekeluarga disamun, barang kemas bernilai kira-kira RM130,000 dilarikan
Kes disiasat di bawah Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun berkumpulan menggunakan senjata berbahaya. - Foto hiasan/X/@bernamadotcom
ALOR GAJAH: Lima sekeluarga disamun sekumpulan lima lelaki bersenjatakan parang dan kayu yang memecah masuk kediaman mereka di Kampung Air Resam, Durian Tunggal di sini pada Sabtu lepas, menyebabkan kerugian kira-kira RM130,000.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Ahmad Abu Bakar berkata dalam kejadian kira-kira 9 malam itu, mangsa melibatkan lima sekeluarga berusia antara 23 dan 73 tahun termasuk seorang wanita orang kurang upaya (OKU) fizikal kaki dan tangan.
"Ketika kejadian, mangsa lelaki berusia 50 tahun sedang membungkus susu di belakang rumahnya sebelum lima penyamun tersebut meluru masuk melalui pintu belakang rumah yang tidak berkunci.
"Isteri mangsa berusia 45 tahun yang melihat perkara tersebut terus menjerit dan bertindak melarikan diri ke ruang tamu namun berjaya dihalang suspek," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Ahmad berkata penyamun berkenaan kemudiannya mengikat tangan dan mata lelaki itu sebelum bertanya jika keluarga berkenaan mempunyai barang kemas namun lelaki tersebut menjawab tiada.
"Mangsa kemudiannya dipukul di bahagian bahu dan perut menggunakan parang sebelum penyamun menggeledah bilik di bahagian belakang rumah tersebut dan pasangan suami isteri itu kemudian dibawa ke ruang tamu rumah.
"Penyamun kemudiannya merampas beberapa jenis barangan kemas seperti rantai leher dan anting-anting yang dipakai mangsa wanita.
"Kelima-lima mangsa di dalam rumah itu termasuk ibu, anak perempuan serta adik perempuan kepada lelaki tersebut yang merupakan OKU kemudian telah diikat dengan pelekat," katanya.
Ahmad berkata kejadian tersebut bagaimanapun disedari penunggang motosikal yang hendak mengambil susu di hadapan rumah mangsa menyebabkan kelima-lima suspek bertindak melarikan diri.
Beliau berkata keluarga berkenaan kerugian kira-kira RM130,000 membabitkan pelbagai barangan kemas termasuk jongkong perak.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun berkumpulan menggunakan senjata berbahaya," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#lima sekeluarga disamun
#samun bersenjata
#Polis Daerah Alor Gajah
#Kampung Air Resam Durian Tunggal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan