KUANTAN: Seorang bekas mekanik yang sedang menjalani hukuman penjara kerana memiliki bahan lucah termasuk video pornografi kanak-kanak, hari ini dihukum penjara tujuh tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini atas kesalahan melakukan hubungan seksual menggunakan objek terhadap kanak-kanak perempuan.
Hakim Mohd Kafli Che Ali menjatuhkan hukuman penjara dan satu sebatan terhadap Lim Ming Soon, 41, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut dan memerintahkan hukuman bermula dari tarikh tangkap pada 11 Sept 2020.
Lim didakwa melakukan kesalahan itu dengan menggunakan sebatang pen terhadap kanak-kanak itu yang berusia antara lima ke enam tahun di sebuah rumah di Lorong Air Putih di sini antara 1 tengah hari dan 7 petang antara 2011 dan 2012.
Pertuduhan mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan sebat.
Berdasarkan fakta kes, perbuatan tertuduh terbongkar selepas polis yang membuat semakan terhadap siasatan kes menyimpan bahan lucah menemukan rakaman video kesalahan itu pada satu unit pemacu pena yang dirampas daripada tertuduh.
Siasatan lanjut terhadap video yang dipercayai dirakam antara 2011 hingga 2012 itu mendapati Lim adalah individu yang melakukan kesalahan itu.
Terdahulu, peguam Mohamad Hamizey Mat Taib yang mewakili Lim berkata pengakuan salah anak guamnya menjimatkan masa serta kos mahkamah dan pihak pendakwaan selain dia memberikan kerjasama baik kepada polis sepanjang siasatan kes.
Timbalan Pendakwa Raya Syarifah Nursyuhada Tuan Mamat memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat luar, selain menunjukkan keseriusan terhadap jenayah seksual melibatkan kanak-kanak.
Pada 18 Sept 2020, Mahkamah Sesyen di sini menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM10,000 atau penjara 12 bulan, serta tiga tahun pengawasan polis terhadap Lim yang mengaku bersalah atas dua pertuduhan memiliki dan menyimpan bahan lucah.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 16 2021

Pada 18 Sept 2020, Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM10,000 serta tiga tahun pengawasan polis terhadap Lim yang mengaku bersalah atas dua pertuduhan memiliki dan menyimpan bahan lucah. - Gambar fail/ Bernama

Pemain industri kreatif perlu berani, keluar dari kebiasaan untuk tembusi pasaran global
Pemain industri kreatif negara perlu berani untuk keluar daripada kebiasaan bagi membolehkan kandungan kreatif negara menembusi pasaran global.

AWANI Ringkas: Lima ditahan bakar mercun | Lagi cebisan manusia ditemui
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Sindiket seludup diesel tumpas
PGA merampas sebuah lori tangki selain bahan bakar berkenaan dengan nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM224,500.

MBSA mohon maaf insiden pertengkaran kakitangan, pelanggan
Kejadian berpunca akibat salah faham di antara seorang pelanggan dan salah seorang petugas di kaunter berhubung nombor giliran.

PATI Myanmar sembunyi di tanah perkuburan
Dalam serbuan jam 10.30 pagi itu, sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas telah berjaya menahan kesemua PATI yang berusia empat hingga 25 tahun.

Nahas pesawat China Eastern mungkin disengajakan - Laporan
Penyiasat Amerika Syarikat (AS) percaya seseorang di dalam kokpit pesawat itu dengan sengaja menyebabkan pesawat itu terhempas.

Empat emas diraih, Malaysia gagal perbaiki kedudukan keenam
Hari ke-10, Malaysia kekal berada di tempat keenam dengan 23 emas, 26 perak dan 55 gangsa.

Kuching City FC tempah tiket ke suku akhir Piala FA
Perlawanan malam tadi menyaksikan ia bermula seimbang dengan kedua-dua pasukan saling melancarkan serangan.

Sabah FC kongsi mata dengan pendahulu Liga Super, JDT
Skuad The Rhinos terlebih dahulu membuka jaringan pada minit ke-23 menerusi tandukan Baddrol Bakhtiar.

Iran antara negara tertinggi kadar pemvaksinan di dunia
Iran adalah antara negara yang mencatatkan kadar tertinggi dalam pemvaksinan di dunia, kata Pengarah Pencegahan Penyakit Kementerian Kesihatan Iran, Mohsen Zahraei pada Selasa.

Banduan di Bolivia berpeluang kurangkan tempoh penjara jika rajin baca buku
Program tersebut memberi harapan baharu kepada banduan yang berdepan proses penghakiman Bolivia yang sangat lambat.

Korban wang, masa dan tenaga demi wujudkan peluang kedua buat bekas banduan, penagih dadah
Cabaran membantu mereka pastinya berbeza, banyak ceritanya namun ada yang sanggup menyahut cabaran demi kehidupan lebih baik buat mereka yang pernah terkhilaf.

'Anak Mak' luah isi hati, keluar dari kegelapan
Bukan mudah untuk mereka hidup dengan gelaran bekas banduan, bekas penagih dan bekas pelajar Henry Gurney namun itulah harga perlu dibayar akibat kisah hitam mereka yang lalu.

Raja Maghribi ampun 958 banduan di ambang Aidilfitri
Seramai 29 banduan yang disabitkan kesalahan kerana aktiviti pelampauan dan keganasan antara mereka yang menerima pengampunan.

Tahanan lolos dari lokap polis Bayan Baru diberkas semula
Suspek berjaya ditahan semula pada jam enam petang semalam di sebuah chalet di sekitar Batu Kurau, Perak.

Enam tahanan reman mengaku tidak salah larikan diri
Perbuatan itu didakwa dilakukan di Institut Pemulihan Dadah Jelebu, Jabatan Penjara Malaysia pada 10 April lepas jam lebih kurang 2 petang.

Tiga lagi banduan larikan diri dari Penjara Jelebu ditahan, seorang masih bebas
Tiga lagi banduan yang melarikan diri dari Penjara Jelebu pada Ahad lepas ditahan di kawasan semak Jalan Purun, Kuala Klawang, di Seremban, malam tadi.

Polis berkas seorang lagi banduan larikan diri daripada Penjara Jelebu
Polis menahan seorang lagi banduan yang melarikan diri dari Penjara Jelebu semalam, di Kampung Petasih Tengah, Pertang hari ini.

Polis buru enam banduan lari dari Penjara Jelebu
Tujuh banduan tahanan reman mahkamah dikesan melarikan diri dari Penjara Jelebu, petang tadi.

10,000 banduan layak isi kekosongan kerja warga asing - Hamzah
80 peratus daripada mereka akan ditempatkan dalam industri dan diyakini dapat mengisi kekosongan itu.