KUALA LUMPUR: Negara-negara Islam diseru untuk terus kuat dan bersatu hati dalam memperjuangkan nasib Palestin.
Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, kebangkitan di Jordan, Lubnan, Syria, Mesir dan beberapa lagi negara Islam lain, mampu memperkukuhkan kesatuan Islam dalam membentuk kuasa besar yang tidak tunduk kepada Barat.
"Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra berani menjemput Syeikh Mohammed Amin al-Hussaini, Mufti Palestin dan pemimpin gerakan Palestin dari awal, yang diharamkan negara-negara Barat daripada mendapat visa untuk melawat seluruh dunia, kerana tidak mendukung Berikat (Allies of World War II) yang mempunyai Zionis di dalamnya, ketika Perang Dunia Kedua.
"Tindakan Syeikh Amin yang tidak mendukung Berikat menyebabkan beliau disekat pergerakannya.
"Namun, ketika Musabaqah al-Quran yang pertama pada 1960, Almarhum Syeikh Amin dijemput oleh kerajaan Malaysia untuk datang ke Malaysia dan berucap di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.
"Ini merupakan pengiktirafan beliau terhadap perjuangan Palestin. Pada masa itu, belum ada lagi Fatah, Hamas, Tanzim Jihad, dan Palestine Liberation Organization (PLO).
"Hari ini, tumbuhnya gerakan-gerakan Palestin yang bercambah dengan banyak di Palestin. Semua gerakan ini menentang Israel.
"Mereka berpecah dari segi pendekatan dengan sebab pengaruh politik di sekeliling mereka. Tetapi dengan peristiwa hari ini, mereka bersatu.
"Kita harap kerajaan Islam termasuk Malaysia bangkit dengan proaktif menyokong perjuangan Palestin," ujarnya.
Abdul Hadi berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran kempen #Aid4Palestine yang diadakan secara maya, pada Sabtu.
Sementara itu, Nadir Al Nuri, Duta Khas Aid4Palestine di Gaza menyifatkan sudah sampai masanya Malaysia mengambil inisiatif lebih besar bagi memastikan perjuangan rakyat Palestin dapat disematkan dalam hati umat Islam.
"Kita mulakan dengan usaha kumpul sumbangan, tetapi akhirnya kita kena pergi lebih jauh. Kita kena pastikan isu Palestin masuk dalam hati anak-anak kita, roh perjuangan Palestin menjadi sebahagian nafas kita.
"Sebagaimana Khalifah Al Mu'tasim mendengar seruan seorang wanita yang minta dibebaskan dari penjara Rom, kita juga, baik di Malaysia, Indonesia, Brunei atau di mana sahaja, mendengar seruan saudara-saudara kita di Palestin, dan kita sepatutnya mampu menunaikan permintaan mereka," tegasnya.
Kempen #Aid4Palestine yang dimulakan atas inisiatif Abdul Hadi, turut disertai 92 badan bukan kerajaan, antaranya Yayasan Amal Malaysia, Cakna Palestin dan Muslim Care Malaysia.
"Kempen #Aid4Palestine menyeru dan mengajak seluruh umat Islam di Malaysia, negara-negara Islam dan masyarakat antabangsa untuk mengutuk sekeras-kerasnya kekejaman Zionis Israel.
"Dan mengambil tindakan politik yang lebih keras dengan pemencilan terhadap negara haram Israel yang melampaui batas undang-undang dan kemanusiaan," kata Pengerusi Aid4Palestine, Muhammad Khalil Abdul Hadi.
Mereka yang mahu menyalurkan bantuan secara crowd funding boleh mendapatkan maklumat di akaun Facebook rasmi #Aid4Palestin.
Madiha Abdullah
Sun May 16 2021
ABDUL HADI: Kita harap kerajaan Islam termasuk Malaysia bangkit dengan proaktif menyokong perjuangan Palestin. - Bernama
Kerajaan Terengganu pantau, elak ajaran sesat kembali menular
Selain ajaran Kerajaan Langit Ayah Pin, turut dipantau Pegawai Penguatkuasa Syariah (PPS) Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) ialah ajaran Mohib Khouli dan Kanzun Makhfiyyan.
Menteri Luar Mohamad Hasan adakan lawatan rasmi tiga hari ke China
Menteri Luar akan mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya, Wang Yi di Beijing untuk membincangkan isu dua hala, serantau dan antarabangsa yang melibatkan kepentingan bersama.
Nahas helikopter: CAAM aktifkan pusat koordinasi menyelamat
Pusat berkenaan mula diaktifkan pada pukul 10.20 pagi bagi penyelarasan operasi menyelamat.
'Hormati hak MCA tidak kempen kecuali calon dari BN' - Pemuda MCA
Pemuda MCA tidak akan menghalang mana-mana parti yang mahu membantu DAP untuk berkempen dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu (KKB), Mei ini.
Rumah nenek jadi stor dadah
Siasatan awal mendapati suspek yang bertindak sebagai penjaga stor bekalan dadah itu sejak Disember lalu.
Nahas helikopter: Negara berduka cita, PM Anwar utus salam takziah
Tragedi berkenaan memberi kesan yang mendalam kepada keluarga ATM dan kehilangan besar buat negara, kata Anwar.
Anggota APM meninggal dunia selepas koma 44 hari
Sejak dimasukkan ke hospital, Allahyarham terus tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia selepas 44 hari menjalani rawatan.
Inter Milan ungguli Serie A buat kali ke-20
INTER Milan berada dalam kelas tersendiri apabila merangkul kejuaraan Serie A kedua dalam tempoh empat tahun selepas kali terakhir memenanginya pada 2021.
Nahas helikopter: ATM, TLDM tubuh Lembaga Siasatan
Lembaga Siasatan akan mengenal pasti punca dua helikopter berkenaan terhempas semasa raptai Perbarisan Hari TLDM Ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut.
TikTok akan saman AS jika dipaksa jual atau dihalang akses
Bytedance dijangka akan melihat kepada pelbagai perkara termasuk melawan di mahkamah sebelum membuat keputusan untuk menjual atau sebagainya.
Tunjuk perasaan pelajar AS gesa gencatan senjata Gaza
Polis menahan puluhan individu dalam perhimpunan pro-Palestin di Universiti Yale pada Isnin.
Presiden Iran, Pakistan adakan pertemuan luas kerjasama
Presiden Iran, Ebrahim Raisi mengadakan pertemuan dengan Presiden Pakistan, Asif Ali Zardari, di kediaman rasmi Presiden di Islamabad dalam lawatan tiga hari beliau ke negara tersebut pada Isnin.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
‘Tidak mustahil Palestin dibebaskan oleh masyarakat Eropah’ - Mat Sabu
Mohamad memberi gambaran bahawa tidak mustahil Palestin akan dibebaskan oleh masyarakat Eropah kerana mereka lebih memahami nilai kemanusiaan.
Menteri Luar Iran bincang penyelesaian krisis Gaza dengan Setiausaha Agung PBB
Dalam perbincangannya dengan pegawai PBB, menteri itu menegaskan pendirian Iran bahawa meningkatkan lagi konflik ini tidak memanfaatkan pihak terlibat.
Palestin kecam AS guna kuasa veto halang keanggotaan penuh negara itu dalam PBB
Palestin mengecam sekeras-kerasnya keputusan Amerika Syarikat (AS) yang menggunakan kuasa veto bagi menolak usul Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) pada Khamis yang menuntut ke
[KOLUMNIS] Veto AS ke atas Palestin: Pengkhianatan terhadap keadilan dan kesaksamaan
CENTHRA berasa amat kecewa dengan tindakan unilateral ini yang menyebabkan AS berdiri sendirian menentang kemasukan Palestin.
Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
Pelaksanaan veto ke atas perkara penting dan signifikan itu telah menimbulkan persoalan terhadap keinginan sebenar Ahli UNSC.
AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
AS berkata sebuah negara Palestin yang merdeka harus ditubuhkan melalui rundingan terus antara Israel dan Pihak Berkuasa Palestin.
Serangan ke atas kedutaan adalah satu deklarasi perang - Penganalisis
Sebarang bentuk serangan ke atas mana-mana kedutaan atau konsulat boleh ditafsirkan sebagai satu deklarasi perang.