awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
SHMMP: KPDN Perak tempatkan 195 penguat kuasa, 75 pegawai pemantau harga
Neelofa rasmi pemegang saham majoriti syarikat teknologi gaya hidup TheNoor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lima anggota polis Pakistan maut dalam serangan di Khyber Pakhtunkhwa

Astro Awani
Astro Awani
23/12/2025
09:30 MYT
Lima anggota polis Pakistan maut dalam serangan di Khyber Pakhtunkhwa
Lima anggota polis Pakistan terbunuh dalam serangan di Karak, Khyber Pakhtunkhwa. -Foto Reuters
PESHAWAR: Lima anggota polis Pakistan terbunuh selepas kenderaan mereka diserang di daerah Karak, wilayah Khyber Pakhtunkhwa pada Selasa.

Ringkasan AI
  • Lima anggota polis Pakistan terbunuh dalam serangan di Karak, Khyber Pakhtunkhwa.
  • Tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab atas serangan tersebut.
  • Kejadian ini menimbulkan kebimbangan keselamatan menjelang pilihan raya dan kempen vaksinasi di wilayah tersebut.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Jurucakap polis wilayah memaklumkan van pasukan polis itu terlebih dahulu disasarkan dengan alat letupan buatan sendiri (IED) sebelum penyerang melepaskan tembakan bertubi-tubi, mengorbankan empat anggota dan pemandu di tempat kejadian.
Setakat ini, tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab atas serangan tersebut.
Insiden berlaku ketika keganasan oleh kumpulan bersenjata meningkat di barat laut Pakistan, khususnya selepas hubungan di antara Islamabad dan Kabul merosot berikutan pertikaian sempadan dan tuduhan Pakistan terhadap Taliban Afghanistan yang didakwa melindungi militan.
Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif, mengecam serangan itu dan menyifatkan pasukan polis sebagai barisan hadapan dalam memerangi keganasan.
Beliau turut menggesa tindakan tegas terhadap pihak yang bertanggungjawab.
Karak, yang sebelum ini dianggap kawasan yang agak aman berbanding daerah lain di Khyber Pakhtunkhwa, kini menjadi lokasi terbaharu dalam siri serangan ke atas pasukan keselamatan.
Serangan ini turut mencetuskan kebimbangan mengenai keselamatan menjelang musim pilihan raya dan kempen vaksinasi yang sedang dijalankan di wilayah tersebut.
Pihak berkuasa telah melancarkan operasi mencari dan menyelamat di kawasan kejadian, manakala pasukan keselamatan mempertingkat kawalan di lokasi strategik sekitar wilayah berkenaan.

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah yang berlaku kepada lima anggota polis Pakistan di daerah Karak, wilayah Khyber Pakhtunkhwa? A: Kenderaan mereka diserang dengan alat letupan buatan sendiri (IED) dan tembakan bertubi-tubi, mengakibatkan kematian empat anggota polis dan pemandu.
  • Q: Siapakah yang didakwa bertanggungjawab terhadap serangan tersebut? A: Sehingga kini, tiada kumpulan yang mengaku bertanggungjawab atas serangan terhadap anggota polis Pakistan di Karak.
  • Q: Apakah tindakan yang diambil oleh Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif, berhubung dengan kejadian itu? A: Beliau mengutuk serangan tersebut dan menganggap pasukan polis sebagai barisan hadapan dalam memerangi keganasan, serta mendesak tindakan tegas terhadap pihak yang bertanggungjawab.
  • Q: Bagaimanakah situasi keselamatan di Karak selepas berlakunya serangan ke atas anggota polis? A: Karak, yang sebelum ini dianggap kawasan yang agak aman, kini menjadi lokasi terbaharu dalam siri serangan ke atas pasukan keselamatan, mencetuskan kebimbangan mengenai keselamatan menjelang musim pilihan raya dan kempen vaksinasi.
  • Q: Apakah langkah yang diambil oleh pihak berkuasa berhubung dengan insiden tersebut? A: Pihak berkuasa telah melancarkan operasi mencari dan menyelamat di kawasan kejadian, sementara pasukan keselamatan mempertingkatkan kawalan di lokasi strategik sekitar wilayah Khyber Pakhtunkhwa.

Topic Berkaitan
#Afghanistan
#Pakistan
#Karak Khyber Pakhtunkhwa
#Taliban
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan