awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bangladesh memasukkan semula perkataan 'kecuali Israel' dalam pasport

Bernama
Bernama
14/04/2025
03:30 MYT
Bangladesh memasukkan semula perkataan 'kecuali Israel' dalam pasport
Kemarahan terhadap serangan genosid Israel selama 18 bulan ke atas rakyat Palestin dan pendudukan tanah selama beberapa dekad sangat mendalam dalam kalangan rakyat Bangladesh.
NEW DELHI: Bangladesh telah memasukkan semula frasa "Kecuali Israel" dalam pasportnya bagi menghalang perjalanan ke negara Yahudi itu.
Pasport Bangladesh sebelum ini memaparkan teks "Pasport ini sah untuk semua negara di dunia kecuali Israel", namun menggugurkan dua perkataan terakhir iaitu "kecuali Israel" daripada pasport elektronik baharu pada 2021.
Bagaimanapun, Bangladesh terus mengekalkan larangan perjalanan ke Israel.
Kementerian Dalam Negeri telah mengeluarkan arahan meminta jabatan pasport dan imigresen untuk mengembalikan klausa itu, lapor agensi berita Bangladesh, Bangladesh Sangbad Sangstha (BSS) pada Ahad.
"Kami mengeluarkan surat arahan itu pada 7 April," kata Timbalan Setiausaha Bahagian Perkhidmatan Keselamatan kementerian berkenaan, Nilima Afroze.
Kemarahan terhadap serangan genosid Israel selama 18 bulan ke atas rakyat Palestin dan pendudukan tanah selama beberapa dekad sangat mendalam dalam kalangan rakyat Bangladesh.
Demonstrasi besar-besaran telah diadakan di Bangladesh pada Sabtu bagi menuntut penamatan segera pembunuhan beramai-ramai harian rakyat Palestin di Gaza oleh Israel.
Ratusan ribu orang yang membawa bendera Palestin berkumpul di Suhrawardy Park di Dhaka dan menggesa tindakan segera masyarakat antarabangsa bagi menamatkan pencerobohan rejim Zionis.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Bangladesh
#Gaza
#pasport
#Israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan