awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Thailand: Bhumjaithai dahului keputusan awal ketika undi masih lagi dikira
Ketua Staf Starmer letak jawatan susulan skandal Mandelson
LDP Jepun dijangka menang besar, Takaichi kekal PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bangsar, Hartamas antara 'hotspot' baharu ancaman pengganas - Tengku Adnan

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
17/01/2016
03:24 MYT
Bangsar, Hartamas antara 'hotspot' baharu ancaman pengganas - Tengku Adnan
Tengku Adnan berkata pihaknya yang bekerjasama erat dengan pasukan keselamatan negara turut mengenal pasti individu mahupun kumpulan yang merancang untuk mengkucar-kacirkan negara.
Selain pusat tumpuan pelancong Bukit Bintang, beberapa kawasan di sekitar ibu kota termasuk Bangsar dan Hartamas turut tersenarai antara kawasan panas yang menjadi ancaman penggganas.
Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengakui menerima maklumat tersebut daripada pasukan perisikan negara.
"Ya saya ada terima maklumat (daripada perisikan). Antara kawasan termasuk Menara Kuala Lumpur, Bukit Bintang, Bangsar, Hartamas dan Damansara," katanya pada sidang media Pelancaran Kempen Kibarkan Bendera Wilayah Persekutuan, di sini hari ini.
Tengku Adnan
Tengku Adnan ketika menghadiri Kempen Kibarkan Bendera sempena Hari Wilayah Persekutuan 2016 di sini hari ini
Tambah beliau, pihaknya yang bekerjasama erat dengan pasukan keselamatan negara turut mengenal pasti individu mahupun kumpulan yang merancang untuk mengkucar-kacirkan negara.
"Ada pihak hendak huru-harakan keamanan negara, cemburu dengan pencapaian yang kita capai.
"Kita akan tingkatkan kawalan keselamatan di kawasan-kawasan ini termasuk pusat tumpuan pelancong dan orang ramai," katanya.
Jelasnya, pihak berkuasa kini sedang giat meningkatkan kawalan di pusat-pusat tumpuan pengganas selain menambah jumlah anggota keselamatan.
Malah katanya, tempat yang akan dikawal tidak hanya tertumpu di Kuala Lumpur sebaliknya Putrajaya dan juga Labuan turut diberikan perhatian.
“Kepada semua agensi di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan untuk bersiap siaga dan berhati-hati dan memperbanyakkan kawalan di tempat (tumpuan ramai) di KL, Putrajaya dan Labuan.
“Kita akan tambah anggota keselamatan. Kalau perlu pertambahan anggota, kita akan bincang dengan Kementerian Pertahanan dan jika ada keperluan kita akan meminta anggota tentera untuk bersama dengan kita,” katanya.
Justeru, Tengku Adnan turut mengingatkan rakyat di negara ini supaya membuat laporan polis sekiranya mendapat apa-apa maklumat tentang individu-individu yang mencurigakan.
“Kita merayu kepada orang ramai kalau ternampak orang yang mencurigakan untuk segera membuat laporan kepada pihak berkuasa yang berdekatan dengan mereka,” katanya.
Topic Berkaitan
#Bangsar
#Damansara
#hartamas
#hotspot
#pengganas
#Tengku Adnan Tengku Mansor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan