awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bangunan diubah suai runtuh, dua beranak cedera

Vivi Sumanti
Vivi Sumanti
31/07/2019
12:06 MYT
Bangunan diubah suai runtuh, dua beranak cedera
Mangsa mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan dan diselamatkan oleh orang awam ketika terperangkap di bawah runtuhan bangunan berkenaan. - Foto ihsan bomba
Dua beranak mengalami kecederaan apabila bangunan separa siap yang diubah suai menjadi tempat penternakan ayam runtuh dalam kejadian di Kampung Chenerai, Alor Pasir Mas, di sini, petang tadi.
Dalam kejadian 2.30 petang itu, kedua-dua mangsa yang masing-masing berusia sekitar 60-an dan 30-an mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan dan diselamatkan oleh orang awam ketika terperangkap di bawah runtuhan bangunan berkenaan.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Mas, Shapawi Stapa berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 2.37 petang dan tujuh anggota bergegas ke lokasi kejadian.
Katanya, ketika sampai di lokasi kerjadian, dua beranak itu dikeluarkan oleh orang awam selepas terperangkap selama beberapa minit.
“Kita dapati seorang mangsa iaitu bapa cedera parah, manakala anaknya cedera ringan dan mereka dihantar ke Hospital Pasir Mas untuk rawatan lanjut.
“Bangunan terbabit dalam pembinaan runtuh separuh dipercayai kerana kawasan berdekatan mengalami tanah mendap," katanya.
Katanya, bangunan separa siap itu kini dijadikan tempat peliharaan ayam buat sementara waktu.
Topic Berkaitan
#Alor Pasir Mas
#bangunan runtuh
#bangunan separa siap
#Hospital Pasir Mas
#Kampung Chenerai
#penternakan ayam
#Shapawi Stapa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan