Dalam usaha mengindahkan pemandangan di bandar ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bakal mengecat baru bangunan Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) sekitar ibu negara.
Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata kerja-kerja mengecat bakal disiapkan menjelang Julai ini.
"Kita akan mengecat dengan warna yang seragam, tetapi warnanya belum ditetapkan dan ia diperuntukkan melalui Program Tabung Penyelenggaraan 1Malaysia (TP1M)," katanya semasa berucap merasmikan Kenduri 1Wilayah Persekutuan Parlimen Batu, di sini malam ini.
Beliau berkata projek pengindahan bangunan itu bakal melibatkan 33 kawasan PPR dan 37 PA di sekitar Kuala Lumpur.
Selain mengecat bangunan, Tengku Adnan berkata DBKL sedang menaiktaraf infrastruktur di seluruh PPR dan PA antaranya seperti membaiki lif, penambahan tempat parkir dan meletakkan kamera litar tertutup (CCTV) dalam lif.
"Pelbagai inisiatif yang telah diambil bagi memberi keselesaan kepada rakyat di Kuala Lumpur, jadi saya harapkan agar penduduk menghargainya dan menjaganya dengan baik," katanya.
Mengenai acara tersebut, Tengku Adnan berkata beliau berharap ia dapat mengukuhkan hubungan akrab dan meningkatkan semangat kebersamaan antara masyarakat pelbagai kaum.
Acara yang dimeriahkan dengan persembahan tarian kebudayaan dan muzik jalanan itu dikunjungi lebih 3,000 warga kota.
Tengku Adnan turut menyampaikan bantuan yang disumbangkan oleh UMNO Bahagian Batu kepada 220 penduduk yang memerlukan dan menyampaikan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada sepuluh wakil dari kawasan Parlimen Batu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 23 2017
Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata kerja-kerja mengecat bakal disiapkan menjelang Julai ini. - Gambar Bernama
Tanabalan tiba di Madinah selepas 40 hari kembara motosikal
Tanabalan selamat tiba di Madinah pada Sabtu selepas memulakan kembara pada 20 Mac lepas.
Malaysia amalkan dasar luar yang seimbang, elak provokatif - Anwar
Malaysia mengamalkan pendekatan dasar luar yang seimbang antara Barat dan Timur, selain mengelakkan sebarang keadaan yang dilihat sebagai provokatif, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anjing kejar budak berjaya ditangkap, ada pemilik - PBT
Majlis Perbandaran Manjung (MPM) berjaya menangkap tiga ekor anjing yang dipercayai mengejar seorang kanak-kanak lelaki hingga nyaris digilis kereta pada Sabtu.
Fokus Minggu Depan: Soladiriti Gaza merentasi bangsa dan agama
Break The Siege: Fokus Minggu Depan membincangkan topik Solidariti Gaza Merentasi Bangsa dan Agama susulan penangguhan misi penghantaran bantuan ke Gaza anjuran Freedom Flotilla Coalition (FFC).
Boling padang: Daripada jaguh kampung, Farah Ain kini bergelar jaguh dunia!
Farah Ain berjaya menempatkan dirinya di puncak dunia dengan menggondol pingat emas perseorangan wanita di Kejohanan Boling Padang Dalam Dewan Dunia, Guernsey.
Kekejaman Zionis: Angka kematian meningkat ke lebih 34,000
Sekurang-kurangnya lapan rakyat Palestin terbunuh dan berpuluh-puluh cedera pada petang Jumaat dalam serangan Israel ke atas kem pelarian Nuseirat di tengah Gaza.
Pertumbuhan saksama: Penglibatan negara maju penting
Tengku Zafrul melihat kerjasama dan penglibatan negara maju sebagai aspek penting dalam membantu membawa kemampanan dan pertumbuhan yang seimbang.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH lancar manifesto minggu depan
Calon PH Pang Sock Tao akan melancarkan manifesto sempena PRK Kuala Kubu Baharu minggu depan.
SPRM siasat pemimpin kanan di utara tanah air
Seorang pemimpin kanan di utara tanah air disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
TH tanggung lebih RM350 juta kos tunai haji tahun ini
Lembaga Tabung Haji (TH) menanggung lebih RM350 juta membabitkan kos langsung dan tidak langsung tunai haji menerusi Bantuan Kewangan Haji pada tahun ini.
Nippon Paint sumbang 1,000 liter cat anti-virus dan anti-bakteria kepada Hospital Sungai Buloh
Datin Wong Meng Lee memaklumkan sumbangan Nippon Paint VirusGuard itu merupakan tanda penghargaan atas dedikasi dan usaha barisan hadapan berdepan saat yang sukar ini.
Soren, kucing buta bermata cantik, umpama galaksi
Soren tidak seperti kucing lain kerana haiwan itu mempunyai masalah di matanya, separuh buta, bola mata yang tidak kelihatan anak mata dan ia hanya mampu mengesan cahaya dan kegelapan.
'Sedih karya diconteng tapi kami tak serik untuk hasilkan mural lagi' - Pelukis mural gergasi
Muhamad Firdaus berkata beliau dan rakan-rakan pada awal lagi pernah menjangka hasil seni mereka itu ada kemungkinan akan dirosakkan pihak tertentu.
Papan iklan Perdana Menteri disimbah cat, belum ada laporan polis
Papan iklan yang memaparkan Tun Dr Mahathir dan Datuk Seri Mohamed Azmin disimbah cat merah oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Thaipusam: Wajah baharu Batu Caves dijangka tarik lebih 1.6 juta pengunjung
Tahun ini kedatangan penganut dan pengunjung akan disambut dengan keindahan pelbagai warna yang menghiasi 272 anak tangga ke gua batu kapur itu.
Malaysia dijangka miliki pesawat tempur sendiri 2030 - penyelidik pertahanan
Kajian sedang dibangunkan pihaknya membabitkan pelbagai aspek teknikal termasuk reka bentuk dan keupayaan enjin yang akan digunakan pesawat tempur tersebut.
"Saya punyalah malu masa tu" - Hairul Azreen dedah pernah kerja cat jalan raya
Pelakon Hairul Azreen mendedahkan yang dia pernah melakukan kerja buruh kasar dengan mengecat jalan raya suatu ketika dulu.
Bangunan PPR, PA bakal diceriakan dengan cat baharu
Dalam usaha mengindahkan pemandangan di bandar ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bakal mengecat baru bangunan Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) sekitar ibu negara.
P.Pinang tubuh j/kuasa khas bantu kakitangan MAS diberhentikan kerja
Kerajaan Pulau Pinang menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi membantu kakitangan Malaysia Airlines (MAS) yang diberhentikan kerja.