awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bangunan SK Bario terbakar, 16 murid duduki UPSR terjejas

Bernama
Bernama
04/09/2016
12:50 MYT
Bangunan SK Bario terbakar, 16 murid duduki UPSR terjejas
Bangunan SK Bario, yang terletak di kawasan tanah tinggi Bario, mengandungi tujuh bilik darjah, satu bilik komputer dan satu dapur prasekolah. - Gambar hiasan
Persiapan 16 murid Tahun Enam Sekolah Kebangsaan (SK) Bario menghadapi Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) esok terjejas apabila kelas yang bakal digunakan untuk peperiksaan itu terbakar hari ini.
Guru Besar SK Bario Dara Tigan berkata, akibat kebakaran 5.20 petang itu, murid berkenaan terpaksa menduduki peperiksaan di tempat lain.
"Mereka akan menduduki UPSR di Sekolah Menengah Kebangsaan Bario yang terletak bersebelahan dengan SK Bario,"katanya ketika dihubungi Bernama malam ini.
Dara berkata, blok bangunan yang terbakar itu menempatkan murid prasekolah, Tahun Satu hingga Enam dan dapur prasekolah.
"Tiada kemalangan jiwa berlaku. Sesi persekolahan hanya melibatkan murid Tahun Enam yang menduduki UPSR kerana murid-murid lain diberi cuti gantian sempena UPSR,"katanya.
Beliau berkata kejadian dipercayai berpunca daripada litar pintas di siling kelas prasekolah.
Menurutnya kesemua murid yang menduduki USPR dibenarkan balik ke rumah masing-masing malam ini kerana tiada bekalan eletrik di asrama akibat kebakaran itu.
"Perbincangan lanjut akan diadakan esok bagi membincangkan di mana murid prasekolah, Tahun Satu hingga Tahun Enam belajar selepas ini," katanya.
Sementara itu, Pengerusi Bomba Sukarela Bario Ketua Kaum Frezier Kaya berkata ketika kejadian itu, semua murid sedang makan di dewan.
"Akibatnya, koridor menghubungkan sekolah dan asrama terpaksa dirobohkan bagi mengelak kebakaran merebak ke bahagian asrama," katanya.
Bangunan SK Bario, yang terletak di kawasan tanah tinggi Bario, mengandungi tujuh bilik darjah, satu bilik komputer dan satu dapur prasekolah.
Topic Berkaitan
#calon upsr
#kebakaran
#SK Bario
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan