SHAH ALAM : Angka korban akibat banjir di Taman Sri Muda di sini, terus meningkat dengan penemuan dua lagi mayat, hari ini.
Ia menjadikan bilangan mangsa yang maut di kawasan Taman Sri Muda mencecah 14 orang.
Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Baharudin Mat Taib berkata dua mangsa terbaharu itu merupakan dua beranak warga tempatan iaitu seorang bapa berusia 78 tahun dan anak perempuannya berusia 48 tahun yang ditemukan di sebuah rumah teres satu tingkat pada 1.40 tengah hari tadi.
"Kita mendapat makluman tentang dua beranak ini daripada keluarga terdekat susulan mereka ini tidak dapat dihubungi sejak banjir melanda.
"Kedua-dua mangsa telah dibawa ke Hospital Shah Alam untuk dibedah siasat," katanya dalam sidang media di Pusat Kawalan Tempat Kejadian 1 (PKTK 1) Taman Sri Muda, hari ini.
BACA LAPOR LANGSUNG BERHUBUNG BENCANA BANJIR 2021 DI SINI
Dalam perkembangan lain, Baharudin berkata seramai 4,276 mangsa banjir telah berjaya diselamatkan dengan 4,080 mangsa dihantar ke 18 pusat pemindahan sementara (PPS) manakala selebihnya memilih untuk berpindah ke rumah saudara dan sebagainya.
Mengulas mengenai perkembangan insiden pecah masuk kedai serbaneka baru-baru ini, beliau berkata sebanyak 10 laporan diterima membabitkan ke pecah masuk kedai serbaneka, kedai perkakasan serta sebuah restoran.
Umavathi Ramayah
Wed Dec 22 2021
Penemuan mayat terbaharu menjadikan bilangan mangsa yang maut di kawasan Taman Sri Muda mencecah 14 orang. - Gambar fail/ Bernama
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7770/7825 berbanding dolar AS daripada 4.7745/7775 pada Khamis.
MAQIS tahan dua ekor anjing dari China, identiti mengelirukan
Pemeriksaan mendapati nombor mikrocip yang diimbas pada badan anjing tidak sepadan dengan nombor mikrocip yang diikrar dalam permit import.
Panggilan Google Meet kini boleh dipindahkan antara peranti tanpa henti
Pengguna kini boleh memindahkan panggilan Google Meet antara telefon pintar dan pelayar web tanpa henti.
Niaga SPOTLIGHT: Sustainability & palm supply chains
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Manchester City himpit Arsenal
Gawang The Seagulls robek lagi kali ini menerusi bintang meningkat naik Phil Foden dengan gol pada minit ke-26 dan 34.
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan turun padang, sokong PN
Gerakan berkata, parti itu akan bersama-sama memastikan untuk merampas kerusi DAP pada pilihan raya kecil kali ini.
Penstrukturan Akaun KWSP: Seimbangkan disiplin, fleksibiliti dalam pengurusan kewangan
Semua caruman selepas tarikh berkenaan akan diperuntukkan ke dalam akaun baharu mengikut pecahan iaitu sebanyak 75 peratus ke dalam Akaun Persaraan, 15 peratus Akaun Sejahtera dan 10 peratus Akaun Fleksibel. Bagaiman akaun yang distruktur kepada tiga akaun mampu membawa pengurusan kewangan yang lebih cekap?
Banjir Selangor: 9 maut termasuk sukarelawan, satu dikhuatiri hilang
Keadaan banjir di luar jangka melanda Lembah Klang, terutama Selangor sejauh ini dilaporkan telah meragut sembilan nyawa di negeri ini.