awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Garis masa Perjanjian Tarif Timbal Balas Indonesia-AS dianjak ke Februari
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Mangsa ragut warga emas cedera selepas diseret 10 meter di Ketereh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: 35 mangsa dipindahkan, tujuh kawasan tidak boleh dilalui di Penampang

Bernama
Bernama
14/02/2023
01:00 MYT
Banjir: 35 mangsa dipindahkan, tujuh kawasan tidak boleh dilalui di Penampang
Sungai Moyog berada pada paras bahaya sekitar tengah malam tadi manakala cuaca mendung dilaporkan di Penampang pagi ini serta jumlah mangsa di PPS dijangka kekal. - Foto BERNAMA
KOTA KINABALU: Seramai 35 orang daripada 10 keluarga dipindahkan dan tujuh kawasan tidak boleh dilalui setelah banjir melanda Penampang, akibat hujan lebat berterusan sejak malam tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan kesemua mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) Pusat Kebudayaan Penampang yang dibuka pada 10 malam tadi.
Kawasan yang tidak boleh dilalui termasuk Kampung Kolopis, sekitar Sungai Koimadang, Bulatan Siga, Penampang Proper, Jalan Kibabaig, Jalan Dato Panglima Banting, dan Jalan Kasugui.
"Sungai Moyog berada pada paras bahaya sekitar tengah malam tadi, manakala cuaca mendung pada pagi ini dan jumlah mangsa di PPS dijangka kekal hari ini," menurut kenyataan itu.
Sementara itu, Ahli Parlimen Penampang Datuk Ewon Benedick dalam kenyataan berkata beliau telah berhubung dengan Pegawai Daerah Penampang Francis Chong berkenaan bencana itu dan meminta pegawai di Pusat Khidmat Parlimen Penampang membantu pusat bencana daerah.
"Saya ketika ni berada di Kuala Lumpur untuk sidang Parlimen, namun saya telah meminta pegawai saya untuk turut sama membantu. Semua penduduk diminta mengambil langkah keselamatan sepanjang bencana dan hujan lebat ini," katanya yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi.
Pada 8.55 malam tadi, Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran ribut petir sehingga 1 pagi membabitkan beberapa kawasan di Sabah termasuk pedalaman (Tenom, Beaufort, Nabawan, Keningau dan Tambunan) dan Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Ranau).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir
#hujan lebat
#Penampang
#PPS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan