JOHOR BAHRU: Sebanyak 5,925 tan metrik sisa sampah akibat banjir dikutip di negeri ini sejak 3 Mac sehingga semalam dengan Segamat daerah paling tertinggi jumlah kutipan.
Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata jumlah kutipan akan terus meningkat berikutan operasi pembersihan dijangka selesai pada hujung bulan ini.
Beliau berkata operasi pembersihan di Segamat telah selesai sepenuhnya pada 19 Mac lepas manakala Batu Pahat dijangka pada hari ini.
"Kami jangkakan operasi pembersihan pascabanjir (secara keseluruhan) selesai sehingga hujung bulan ini, bagi memastikan kesan-kesan lumpur atau sisa yang menghalang aliran air di kawasan terjejas banjir turut dibantu dibersihkan," katanya pada sidang media selepas merasmikan Program SWM Kasih Back To School, di sini hari ini.
Turut hadir, Timbalan Pengarah SWCorp Johor Rafidah Mohamed dan Pengurus Besar Korporat SWM Environment Sdn Bhd Mohd Norlisam Mohd Nordin.
Akmal Nasrullah berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai jumlah kutipan sisa sampah akibat banjir di Johor.
Ahli Parlimen Johor Bahru itu berkata operasi pembersihan dilakukan secara berfasa dan sebanyak enam tapak pelupusan sementara juga telah diwujudkan sebelum sampah dibawa ke tapak pelupusan sebenar bagi memastikan operasi pembersihan dapat dilakukan dengan kadar segera.
Beliau berkata syarikat konsesi tersebut turut membantu kawasan kampung yang terjejas banjir dan tidak berada dalam kawasan perkhidmatan menerusi operasi pembersihan itu.
Sementara itu, mengenai operasi bazar Ramadan di Johor, Mohd Norlisam menyeru penganjur dan pengusaha agar memanfaatkan tong sampah yang disediakan bagi melancarkan operasi pembersihan.
Beliau berkata perkhidmatan operasi pembersihan melibatkan kesemua 112 lokasi bazar Ramadan di Johor.
"Kami seru orang ramai terutama ketika persiapan raya, sudah pasti akan ada berlaku pembelian barangan, jadi kami minta kutipan yang dibuat dimanfaatkan dan sampah diletakkan di hadapan rumah.
"Kalau boleh jangan dilonggokkan di hujung taman perumahan atau mewujudkan tapak sampah haram," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 26 2023
Akmal Nasrullah dan Pengurus Besar Korporat SWM Environment Mohd Norlisam Mohd Nordin beramah mesra dengan kanak-kanak yang menerima barang kelengkapan persekolahan pada Program CSR SWM Kasih Back To School di Johor Bahru hari ini. - Foto BERNAMA
Pindaan Perlembagaan PKR bakal libatkan jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik - Fuziah
Kongres Khas PKR pada Ahad (15 Dis) antara lain akan meminda Perlembagaan parti yang menyentuh jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik.
AWANI Pagi: PULIH | Inovasi Tempatan Mengesan Sakit Belakang
Ikuti diskusi Awani Pagi 8.30 Sabtu, bersama dua tetamu dari Universiti Malaya, berhubung inovasi mengesan sakit belakang dengan lebih objektif berbanding kaedah tradisional hingga mendapat pengiktirafan daripada Medical Device Authority Malaysia.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Persatuan Bola Sepak Indonesia terima dana RM77 juta dari Presiden Prabowo
Komitmen Presiden Prabowo terhadap kemajuan sepak bola Indonesia benar-benar luar biasa, kata Ketua Umum PSSI.
AWANI Pagi: Pembekuan jasad bayi - Hukum dan hak jenazah
Ikuti perbincangan eksklusif #AWANIpagi bersama Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, yang akan mengupas secara mendalam isu pembekuan jasad bayi dari perspektif hukum Islam, kehormatan jenazah, dan hak si mati.
#AWANIpagi #AWANInews
#AWANIpagi #AWANInews
Cenderahati produk Tenun Pahang Diraja tersedia di Kuantan 188
Di Kuantan 188 juga, para pelancong boleh menikmati pemandangan panorama bandar dan Sungai Kuantan.
[INFOGRAFIK] Kerugian Banjir 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan kerugian banjir 2024.
Hubungan erat Malaysia-Denmark tawar manfaat kepada tenaga kerja
Pembukaan semula Kedutaan Denmark bantu tingkat kerjasama dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
[INFOGRAFIK] Buat Pilihan Lebih Baik Demi Malaysia Yang Lebih Hijau Dan Lestari
Berikut adalah info berkenaan dengan membuat pilihan lebih baik demi Malaysia yang lebih hijau dan lestari.
Siang "concierge", malam "Doktor Mayat" - Kisah Muslimah pertama pengawet jenazah di Singapura
Kisah Zainab Ash Shughra Amer, Muslimah pertama yang menjadi pengawet jenazah - juga satu-satunya buat masa ini - di Singapura.
Sistem politik penuhi aspirasi rakyat penting bagi Syria
Penentuan masa depan Syria masa depan melalui sistem politik yang memenuhi aspirasi rakyat negara itu adalah penting bagi mengekalkan kestabilan politik.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Rutin tahunan, mangsa banjir terpaksa guna sampan tinjau rumah
Misri Salamon, 63, berkata meskipun banjir sudah memasuki hari keempat, namun air yang naik hingga paras pinggang di kawasan kediamannya di Kampung Sungai Linau masih belum surut.
Banjir di Segamat makin pulih, hanya 19 mangsa masih di PPS
Situasi banjir di Segamat, Johor kian pulih setakat tengah hari ini dengan jumlah mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) berkurangan kepada 19 orang berbanding 43 orang pagi tadi.
Banjir di Sabah meningkat, Pahang, Johor menurun - Nadma
Jumlah mangsa banjir di Sabah merekodkan peningkatan manakala di Pahang dan Johor mencatatkan penurunan.
Banjir di Sabah, Pahang meningkat, Johor menurun - Nadma
Jumlah mangsa banjir di Sabah dan Pahang merekodkan peningkatan manakala Johor mencatatkan penurunan pagi ini.
Kerja pembersihan pascabanjir di Kota Tinggi capai 70 peratus
Kerja pembersihan pascabanjir di daerah ini yang bermula Jumaat lepas kini telah mencapai 70 peratus setakat pagi tadi.
1,842 mangsa banjir di Johor, Pahang - Nadma
Seramai 1,842 mangsa masih berlindung di 18 pusat pemindahan sementara (PPS) di Johor dan Pahang tengah hari ini berbanding 1,860 mangsa pagi tadi.
Gelombang banjir kedua Johor, mangsa banjir Mersing bertambah
Terkini, seramai 421 mangsa dari 123 keluarga ditempatkan di empat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Mersing.
Bomba terima 20 panggilan menyelamat mangsa banjir terperangkap
Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Tinggi menerima lebih 20 panggilan penyelamatan dan khidmat khas sejak banjir melanda daerah ini pada Khamis lalu.
Berhati-hati lalu Jalan Felda Sungai Mas-Lok Heng
Orang ramai dinasihatkan berhati-hati dan mematuhi papan tanda amaran ketika memandu di laluan Felda Sungai Mas menghala ke Lok Heng.
Batu Pahat daerah terbaharu dilanda banjir di Johor
Batu Pahat menjadi daerah terbaharu dinaiki air di Johor, menjadikan tujuh daerah di negeri itu kini terjejas dengan banjir.