KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah semalam menitahkan agar Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) memberi perhatian kepada sistem amaran awal bencana sebagai persiapan menghadapi banjir.
Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata Al-Sultan Abdullah turut menitahkan supaya perhatian diberikan terhadap proses pengagihan bantuan kepada rakyat yang terjejas jika berlaku bencana.
Beliau berkata Seri Paduka bertitah demikian pada sesi sembah taklimat cuaca dan banjir di Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), di sini semalam.
"Pada taklimat hari ini, JPS dan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sembah maklum data, persiapan dan lokasi 'hotspot' banjir kepada Seri Paduka dan Tuanku berpuas hati.
"Tuanku menekankan soal sistem amaran awal dan kita sembah maklum bahawa KASA telah menambahkan fasiliti amaran awal seperti siren dan kemudahan lain terutama kawasan hotspot.
"Tuanku juga titahkan pelarasan dari segi bantuan di bawah NADMA (Agensi Pengurusan Bencana Negara) dengan agensi lain bagi mengelakkan kekeliruan di samping bantuan sampai kepada mangsa," kata beliau kepada pemberita.
Beliau berkata demikian selepas sesi sembah taklimat itu yang turut dihadiri Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dan Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Mohd Zuki Ali.
Terdahulu, Al-Sultan Abdullah berkenan berangkat ke sesi sembah taklimat itu yang diadakan secara tertutup bagi mengetahui kesiapsiagan agensi terlibat untuk menghadapi Monsun Timur Laut 2022/2023 yang dijangka bermula pertengahan November ini dan berakhir pada Mac 2023.
Turut hadir Ketua Setiausaha KASA Datuk Seri Dr Zaini Ujang, Ketua Pengarah JPS Datuk Dr Md Nasir Md Noh dan Ketua Pengarah MetMalaysia Muhammad Helmi Abdullah.
BACA: Agong lawat Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara
Sembah taklimat selama dua jam itu bermula dengan keadaan cuaca dan persiapan banjir daripada JPS serta MetMalaysia seterusnya berhubung situasi terkini COVID-19 serta kesediaan Kementerian Kesihatan (KKM) menghadapi banjir oleh Khairy. Al-Sultan Abdullah kemudian berkenan melawat pusat kawalan PRABN.
Sementara itu, Khairy berkata KKM turut mempersembahkan persiapan serta penempatan petugas kesihatan di pusat pemindahan sementara (PPS) serta perancangan sekiranya fasiliti kesihatan awam turut dilanda banjir.
Ditanya sama ada sesi sembah taklimat itu turut menyentuh soal persiapan pelaksanaan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), beliau berkata perbincangan taklimat hanya menjurus kepada persediaan menghadapi musim banjir.
"Tuanku hanya minta pandangan isu ini secara biasa bukan (kerana) PRU15, sebab memang kita berdepan Monsun Timur Laut, tak ada perbincangan selanjutnya (mengenai PRU15). Tuanku sangat cakna dengan kesejahteraan rakyat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 07 2022

Al-Sultan Abdullah berkenan mendengar taklimat persiapan bencana dan banjir di Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara, Jabatan Pengairan dan Saliran Ampang semalam. Turut kelihatan, Tuan Ibrahim (kiri) dan Khairy (kanan). --fotoBERNAMA

Tanah Runtuh | 40 maut, puluhan cedera di Peru
Sekurang-kurangnya 40 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh susulan hujan lebat di Peru.

Tragedi MH17 | Putin didakwa luluskan bekalan peluru berpandu tembak jatuh pesawat
Pasukan penyiasat antarabangsa mendakwa mereka mempunyai bukti meyakinkan bahawa Presiden Rusia, Vladimir Putin menandatangani keputusan membenarkan sistem peluru berpandu Rusia masuk ke Ukraine.

Lawatan Rasmi PM | Respons positif petanda hubungan baik Malaysia, negara jiran
Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir meluahkan kegembiraan selepas melihat lawatan Perdana Menteri ke negara-negara jiran sebelum ini berjalan lancar dan menerima sambutan baik.

Lawatan Rasmi PM | Teroka Ekonomi dan hubungan Malaysia-Thailand
Hal-hal ekonomi dan hubungan Malaysia-Thailand turut menjadi fokus lawatan dua hari Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Thailand.

Lawatan Rasmi PM | Empat MoU bakal dimeterai dalam lawatan PM ke Thailand
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal menyaksikan empat memorandum persefahaman (MoU) dimeterai sempena lawatannya ke Thailand pada 9 dan 10 Februari ini.

Parlimen Gua Musang | Mahkamah benar batal petisyen terhadap SPR, Pegawai Pengurus
Mahkamah Tinggi Kota Bharu membatalkan petisyen terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan seorang pegawai suruhanjaya itu yang difailkan oleh wakil calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah bagi mencabar keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Parlimen itu.

Gempa Turkiye | Tindak balas operasi menyelamat dipercepatkan
Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan mengakui terdapat sedikit masalah dalam tindak balas pasukan penyelamat pasca gempa bumi yang menggegarkan selatan negara itu.

Misi Kemanusiaan | Malaysia-Turkiye bekerjasama atur gerak langkah operasi
Malaysia dan Turkiye akan bekerjasama dalam mengatur operasi misi kemanusiaan ke tenggara Turki yang terjejas akibat gempa. Ia bagi memastikan saluran bantuan dapat diperhalusi mengikut keperluan.

Gempa Bumi Turkiye | Dentie dan Frankie sertai misi SAR ke Turkiye
Dua ekor unit anjing pengesan (K9) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) diterbangkan ke Turkiye bagi menyertai misi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa gempa bumi di negara itu.

Gempa Bumi Turkiye | Operasi SAR pasukan SMART dipecah kepada beberapa unit - NADMA
Tujuh puluh anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) yang menyertai misi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa gempa bumi di Turkiye, kini dipecahkan kepada beberapa unit pasukan kecil mengikut objektif dan keperluan yang berbeza.

Pembekuan akaun: Hanya untuk beri persepsi PN ada masalah integriti - Tuan Ibrahim
Tindakan pembekuan akaun Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dilihat sengaja dilakukan bagi memberi persepsi masalah integriti kepada Perikatan Nasional (PN) dan bukannya isu penyelewengan.

Saman fitnah: Rafizi diarah fail pernyataan pembelaan selewatnya 28 Dis ini
Tuan Ibrahim memfailkan saman terhadap Rafizi berhubung kenyataannya yang didakwa berbaur fitnah mengenai kelulusan beberapa projek.

Majlis Tertinggi PN bincang cadangan PRN diadakan serentak - Tuan Ibrahim
Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) akan mengadakan perbincangan bagi membuat keputusan mengadakan pilihan raya di enam negeri secara serentak atau sebaliknya.

Tuan Ibrahim Ketua Pembangkang DUN Pahang
Perikatan Nasional (PN) memilih Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cheka Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai ketua pembangkang mewakili gabungan itu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang.

Bukan semua projek rundingan terus tidak teratur, diambil kesempatan - Tuan Ibrahim
Anwar sepatutnya tahu bahawa rundingan terus kepada projek tebatan banjir yang perlu disegerakan bukanlah satu kesalahan perolehan.

'Jumpa di mahkamah', balas Rafizi kepada Tuan Ibrahim
Rafizi mengulas berhubung tuntutan saman difailkan bekas Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man terhadapnya.

Pasca PRU15: PN Pahang jadi blok pembangkang terbesar dalam sejarah - Tuan Ibrahim
Tuan Ibrahim menyifatkan keputusan PRU15 merupakan satu gelombang perubahan daripada pengundi muda yang mahukan sebuah kerajaan yang stabil dan bersih.

PRU15: PN optimis dapat tawan DUN Tioman - Tuan Ibrahim
Jentera Pas sudah lama bersiap siaga setelah kerusi DUN Tioman diberikan kepada calon Pas sebelum ini.

Pasca PRU15: Tuan Ibrahim, Wan Rosdy mula bincang pembentukan Kerajaan Pahang
Setakat ini, Wan Rosdy yang juga Menteri Besar Pahang masih belum memberi sebarang kenyataan berhubung pembentukan kerajaan negeri.

PRU15: Tuan Ibrahim ketuai rundingan bentuk Kerajaan Negeri Pahang - Saifuddin
Majlis Tertinggi PN bersetuju melantik Tuan Ibrahim yang juga ADUN Cheka sebagai ketua rundingan pembentukan kerajaan negeri di Pahang.