awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir Baling: 108 mangsa dipindahkan, tiga PPS dibuka

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
29/10/2022
01:48 MYT
Banjir Baling: 108 mangsa dipindahkan, tiga PPS dibuka
Antara kampung terjejas banjir di Baling adalah Kampung Siput, Kampung Baru, Kampung Tanjung Pari, Seri Ketengga, Kampung Memali, Bukit Sebelah, Kampung Cenerai dan Kampung Lalang. - Foto APM
BALING: Baling sekali lagi dilanda banjir dengan terkini seramai 108 mangsa daripada 40 keluarga di Mukim Siong dipindahkan ke tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS) sejak malam tadi.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Baling, Leftenan (PA) Mohd Faizol Ab Aziz berkata, tiga PPS dibuka iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK), Tanjung Pari, SK Seri Bayu dan SK Siong.
Antara kampung terjejas adalah Kampung Siput, Kampung Baru, Kampung Tanjung Pari, Seri Ketengga, Kampung Memali, Bukit Sebelah, Kampung Cenerai dan Kampung Lalang.
“Hujan lebat berterusan lebih tiga jam sejak petang semalam menyebabkan air Sungai Ketil melimpah memasuki rumah penduduk.
"Semua mangsa mula dipindahkan sejak jam 10 malam sehingga jam 1 pagi tadi.
"Namun tiada kemalangan jiwa dan mangsa yang terperangkap dalam banjir dilaporkan kejadian itu," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Faizol menasihati penduduk supaya sentiasa berwaspada dan segera berpindah sekiranya kediaman mereka dinaiki air kerana bimbang trend terkini air datang dengan laju sehingga mangsa tidak sempat berbuat apa-apa.
Topic Berkaitan
#Sungai Ketil
#banjir baling
#PPS
#hujan lebat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan