Ringkasan AI
- Sebanyak 26 kawasan di seluruh negara mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat jam 3 petang ini.
- Johan Setia di Selangor merekodkan bacaan IPU tertinggi iaitu 172, diikuti Alor Gajah, Melaka dengan bacaan 165.
- Limbang kekal mencatatkan kualiti udara terbaik di negara ini dengan bacaan IPU 37, dalam kategori baik.
KUALA LUMPUR: Sebanyak 26 kawasan di seluruh negara terus merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat jam 3 petang ini.
Menurut data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Johan Setia di Selangor kekal mencatatkan bacaan tertinggi negara iaitu 172, manakala Alor Gajah di Melaka berada di kedudukan kedua dengan bacaan 165.
Perubahan paling ketara dalam tempoh sejam lalu direkodkan di Perak apabila Tasek Ipoh meningkat daripada 106 kepada 122, sementara Pegoh Ipoh naik kepada 111. Seri Manjung pula mencatatkan bacaan 109.
Di Negeri Sembilan, Port Dickson menunjukkan penurunan tujuh mata kepada 123, manakala Nilai kekal pada bacaan 164 dan Seremban meningkat satu mata kepada 163.
Di Melaka, Bukit Rambai dan Bandaraya Melaka masing-masing merekodkan bacaan 163.
Di Johor, Kota Tinggi turun kepada 141, Tangkak mencatatkan bacaan 161 dan Batu Pahat berada pada paras 157. Kluang pula meningkat kepada 120 manakala Pasir Gudang kekal pada bacaan 158.
Di Lembah Klang, Batu Muda merekodkan bacaan 161, Petaling Jaya (157), Klang (156), Putrajaya (153), Cheras (152) dan Shah Alam (152).
Di Sarawak, IPD Serian kekal satu-satunya kawasan dalam kategori tidak sihat dengan bacaan 151. Sri Aman, Kuching dan Samarahan masing-masing mencatatkan bacaan 99, 95 dan 92 dalam kategori sederhana.
Sementara itu, empat kawasan berada dalam kategori baik iaitu Langkawi (50), Labuan (49), Kimanis (46) dan Limbang (37). Limbang terus merekodkan kualiti udara terbaik di negara ini.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Berapakah jumlah kawasan yang mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat jam 3 petang?
A: Sebanyak 26 kawasan di seluruh negara mencatatkan bacaan IPU tidak sihat setakat jam 3 petang. - Q: Kawasan manakah yang merekodkan bacaan IPU tertinggi dan berapakah bacaan tersebut?
A: Johan Setia di Selangor merekodkan bacaan IPU tertinggi iaitu 172. - Q: Apakah kawasan yang mencatatkan kualiti udara terbaik di Malaysia?
A: Limbang mencatatkan kualiti udara terbaik dengan bacaan IPU 37. - Q: Bagaimanakah perubahan bacaan IPU di Perak dalam tempoh sejam lalu?
A: Tasek Ipoh meningkat daripada 106 kepada 122, Pegoh Ipoh naik kepada 111, dan Seri Manjung mencatatkan bacaan 109. - Q: Berapakah bacaan IPU di kawasan utama Lembah Klang?
A: Bacaan IPU di Lembah Klang adalah Batu Muda (161), Petaling Jaya (157), Klang (156), Putrajaya (153), Cheras (152), dan Shah Alam (152).