awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Dua remaja lelaki mati ditembak di Amsterdam
Puspakom selaras Caj Pemprosesan Tempahan Pemeriksaan Kenderaan kepada RM5 bermula Ahad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir Baling: Jumlah mangsa menurun

Sinar Harian
Sinar Harian
06/07/2022
03:10 MYT
Banjir Baling: Jumlah mangsa menurun
Anggota APM membantu memindahkan mangsa yang terlibat banjir ke tempat selamat selepas banjir dan kepala air pada Isnin. -Foto: Facebook APM Negeri Kedah
ALOR SETAR: Jumlah mangsa banjir di Baling pada pagi Rabu berkurangan kepada 495 mangsa daripada 109 keluarga berbanding pada 1,424 mangsa daripada 93 keluarga pada 8 malam Selasa.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Baling, Kapten (PA) Rasidah Kassim berkata, sebanyak 159 mangsa daripada 50 keluarga masih ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jerai.
Katanya, setakat jam 8 pagi, mereka yang ditempatkan di PPS itu terdiri daripada 39 lelaki dewasa, 49 wanita dewasa, kanak-kanak lelaki (25), kanak-kanak perempuan (22), warga emas perempuan (16) dan warga emas lelaki (14).
“Bagi PPS Surau An Nur, seramai 258 mangsa daripada 59 keluarga masih ditempatkan di PPS tersebut termasuklah seorang kanak-kanak lelaki dan warga emas perempuan yang merupakan orang kelainan upaya (OKU).
“Selain itu, seramai 32 pelajar perempuan dan 46 pelajar lelaki masih ditempatkan di PPS SMK Agama Al-Khairiah, manakala kebanyakan pelajar lain telah diambil waris masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Beliau memberitahu, seramai 14 anggota termasuk empat pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Baling bersama kenderaan seperti lori lima tan membantu dalam operasi tersebut.
“Setakat jam 8.30 pagi, Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) masih dibuka untuk menerima panggilan dan merekodkan data yang diterima oleh mangsa,” katanya.
Dalam perkembangan sama, beliau berkata, APM Baling menasihatkan penduduk agar sentiasa berwaspada dan menghubungi pihak berkuasa dengan kadar segera sekiranya berlaku banjir. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#banjir baling
#PPS
#warga emas
#mangsa banjir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan