awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Niaga hadapan emas dijangka kekal dalam aliran positif minggu depan
Penyertaan pasaran meningkat dijangka pacu kenaikan Bursa Malaysia minggu depan
Ketua PBB amat khuatir tindakan Israel sasar NGO
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir Baling: Kolam kering atau 'ada air' tidak beri kesan kepada sebarang bencana - MB Kedah

Abd Hadi Che Awang
Abd Hadi Che Awang
20/09/2022
06:38 MYT
Banjir Baling: Kolam kering atau 'ada air' tidak beri kesan kepada sebarang bencana - MB Kedah
Muhammad Sanusi Md Nor menegaskan, dakwaan beberapa pihak berhubung perkara itu hanyalah berbentuk naratif yang dibawa dengan tujuan yang tidak sihat iaitu menimbulkan rasa tidak selamat dalam kalangan penduduk setempat.
KULIM: Keputusan untuk mengeringkan tiga kolam takungan yang terletak di Gunung Inas, Baling tidak akan memberikan apa-apa kesan termasuk dakwaan bencana yang lebih buruk akan berlaku di kawasan persekitaran gunung terbabit.
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menegaskan, dakwaan beberapa pihak berhubung perkara itu hanyalah berbentuk naratif yang dibawa dengan tujuan yang tidak sihat iaitu menimbulkan rasa tidak selamat dalam kalangan penduduk setempat.
Bagaimanapun, kata Muhammad Sanusi, langkah pengeringan ketiga-tiga kolam berkenaan boleh dilakukan dengan keizinan pemilik ladang durian memandangkan ia tidak berada di bawah kuasa kerajaan negeri Kedah.
"Saya difahamkan (ketiga-tiga) akan dikeringkan, (tetapi) kena minta izin 'owner' (ladang durian) itu, kalau 'owner’ itu benarkan, baru boleh keringkan (kolam),
"Saya tidak tahu (sudah dimulakan proses pengeringan itu atau tidak), (cuma mereka) maklum macam itu sahaja, saya kata kena minta izin, bukan izin (daripada) 'state' (government) tetapi izin 'owner',
"Kolam kering (atau tidak), tidak akan beri apa-apa kesan, ada air pun tiada kesan apa-apa, (ia) hanya spekulasi, (dan berbentuk) naratif yang dibawa untuk timbulkan rasa tidak selamat (dalam kalangan penduduk sekitar), (dakwaan) itu (juga) ada tujuan tertentu yang tidak sihat," kata beliau.
Menteri Besar berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan kilang Molnlycke di Taman Teknologi Tinggi Kulim, di sini, pada Selasa.
Sebelum ini, Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, memaklumkan, tiga kolam takungan air di ladang durian Musang King di Gunung Inas akan ditutup selama dua bulan selepas insiden banjir dan kepala air yang melanda 42 kampung di Kupang, 4 Julai lalu.
Beliau berkata, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) diarah mengeringkan ketiga-tiga kolam takungan air sebesar gelanggang futsal itu, secepat mungkin.
Topic Berkaitan
#banjir baling
#kolam air
#ladang musang king
#Menteri Besar Kedah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan