awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
750 juta orang berdepan ketidak jaminan makanan global - IFAD
Gunung Marapi di Indonesia meletus, sembur abu setinggi 600 meter ke udara
Pengawal selia Jerman denda Amazon AS$67 juta berikutan amalan penetapan harga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir Baling: Tandak takungan pecah dipercayai punca kepala air

Sinar Harian
Sinar Harian
06/07/2022
01:10 MYT
Banjir Baling: Tandak takungan pecah dipercayai punca kepala air
Tinjauan penduduk mendapati tandak takungan yang membekalkan air masyarakat ke dua buah kampung telah pecah. - Foto Sinar Harian
ALOR SETAR: Beberapa kolam takungan air paip masyarakat (tandak takungan) didapati pecah dan dipercayai menyumbang kepada pembentukan kepala air yang melanda daerah Baling pada petang Isnin.
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, tinjauan penduduk kampung ke tandak takungan di Gunung Inas yang membekalkan air masyarakat ke Kampung Carok Kapas dan Kampung Carok Rotan Mas mendapati ia telah pecah dalam tragedi tersebut.
Menurutnya, keadaan ini berlaku disebabkan oleh tandak takungan berkenaan hilang upaya untuk menakung air yang banyak dan laju.
"Situasi yang berlaku itu tidak terakam dalam gambar udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) pagi Selasa," katanya dalam kenyataan, pada Rabu.
Muhammad Sanusi tidak menolak kemungkinan terdapat tandak takungan air masyarakat ke kampung lain juga mengalami situasi yang sama.
"Takungan pecah seumpama ini akan menyumbang kepada pembentukan kepala air, seterusnya melimpah ke kawasan kaki gunung," katanya lagi.
Dalam sidang media pada Selasa, Muhammad Sanusi memaklumkan, projek tanaman durian musang king di puncak Gunung Inas tidak boleh dianggap sebagai punca utama berlaku kejadian banjir dan kepala air di Kampung Iboi, Kupang.
Tandak takungan pecah antara punca berlakunya limpahan air yang membentuk fenomena kepala air. - Foto Sinar Harian
Tandak takungan pecah antara punca berlakunya limpahan air yang membentuk fenomena kepala air. - Foto Sinar Harian
Menurutnya, kejadian tersebut mempunyai persamaan dengan tragedi kepala air yang berlaku di Yan pada tahun lalu
Katanya lagi, imej dirakam dari helikopter JBPM pada awalnya mendapati tandak yang dibina penduduk dan pengusaha tanaman durian tidak pecah namun dipenuhi pasir.
Kemungkinan aliran air yang membentuk kepala air adalah air yang terkumpul di alur sepanjang Gunung Inas sebelum mengalir serentak ke bawah.
Sebelum ini, penduduk Kampung Iboi mendakwa kejadian itu mempunyai kaitan dengan projek tanaman durian seluas kira-kira 1,200 hektar yang diusahakan di puncak Gunung Inas sejak 2018.
Lebih 17 buah kampung terjejas oleh banjir lumpur akibat berlakunya kepala air di puncak Gunung Inas selepas hujan lebat kira-kira tiga jam pada petang Isnin. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#banjir baling
#tanduk takungan
#kepala air
#Muhammad Sanusi Md Nor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan