BATU PAHAT: Seramai 46 mangsa daripada 12 keluarga dipindahkan dari Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Gading ke PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Gading, apabila PPS itu mula dinaiki air.

Ia susulan kejadian banjir melibatkan empat kawasan di Sri Gading iaitu di Taman Sri Panchor, Kampung Sengkuang, Kampung Batu Sri Gading dan Pekan Seri Gading sjeik awal pagi tagi.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata hujan lebat sejak jam 1.30 pagi dan fenomena air pasang besar pada jam 3 pagi pada Rabu menyebabkan beberapa kawasan rendah telah dinaiki air.

"PPS telah  dibuka di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Gading, namun disebabkan telah dinaiki air, mangsa banjir dipindahkan ke SMK Seri Gading.
 
"Anggaran jumlah mangsa  terkini adalah seramai 46 orang terdiri yang terdiri daripada 12 keluarga.Usaha membantu memindah mangsa sedang dijalankan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Katanya lagi, operasi menyelamat telah disertai oleh anggota polis, bomba, Angkatan Pertahanan Awam, Jabatan Kebajikan Masyarakat ( JKM) dan Pusat Kesihatan Daerah (PKD) dengan keanggotaan seramai 25 orang terdiri dari pegawai dan anggota.

Maklumnya sehingga kini jalan-jalan utama yang menghubungi daerah Batu Pahat dengan lain-lain daerah, masih lagi boleh dilalui oleh semua kenderaan.