awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
6 termasuk kanak-kanak maut dalam insiden tembakan rambang di pantai Ecuador
Konflik Ukraine-Rusia: Trump, Zelensky dakwa capai kemajuan dalam perbincangan di Florida
Polis buru ‘Ramesh’ dan ahli kumpulan jenayah terancang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: Bekalan elektrik di 794 kawasan di empat negeri pulih

Bernama
Bernama
26/12/2021
11:06 MYT
Banjir: Bekalan elektrik di 794 kawasan di empat negeri pulih
Bekalan elektrik di 171 kawasan di Selangor telah dipulihkan setakat 12 tengah hari tadi. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Bekalan elektrik di 623 kawasan yang terjejas banjir di Pahang, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur sudah dipulihkan setakat 12 tengah hari tadi.
Tenaga Nasional Bhd (TNB) Careline menerusi hantaran di Facebook memperincikan 480 kawasan itu terletak di Pahang, 25 di Negeri Sembilan dan 118 di Kuala Lumpur.
Sementara itu, bekalan elektrik di 171 kawasan di Selangor telah dipulihkan setakat 12 tengah hari tadi.
"Bagaimanapun, jika banjir sudah surut di kawasan anda tetapi masih belum menerima bekalan elektrik, ini adalah kerana pencawang kuasa yang membekalkan elektrik di premis anda belum selamat sepenuhnya untuk diaktifkan," katanya.
[LAPOR LANGSUNG] Banjir: 'Kami cuba untuk bangkit' - Penduduk
TNB Careline juga berkata 80 kawasan di Selangor, 37 di Pahang, masing-masing dua di Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur masih belum menerima bekalan elektrik bagi memastikan keselamatan pengguna.
"Usaha bagi memastikan bekalan elektrik ke kawasan terjejas dipulihkan secara berperingkat diteruskan, tertakluk kepada akses dan keadaan setempat," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Banjir 2021
#bekalan elektrik
#TNB
#Pulih
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan