awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: Bomba kerah dua helikopter ke kawasan terputus hubungan di Pantai Timur

Bernama
Bernama
23/12/2022
04:30 MYT
Banjir: Bomba kerah dua helikopter ke kawasan terputus hubungan di Pantai Timur
Nor Hisham berkata, unit udara akan digerakkan ke kawasan terjejas yang terputus hubungan bagi menghantar bekalan makanan kepada mangsa di lokasi. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) akan mengerahkan dua helikopter miliknya ke kawasan yang terputus hubungan akibat banjir di Pantai Timur, kata Pengarah Bahagian Operasi jabatan itu Datuk Nor Hisham Mohammad.
Beliau berkata unit udara dikerahkan sekiranya bantuan aset darat dan air menghadapi masalah untuk ke kawasan yang terjejas akibat banjir seperti di Gua Musang, Kelantan yang terputus hubungan sejak empat hari lepas.
"Unit udara akan digerakkan ke kawasan tersebut bagi menghantar bekalan makanan kepada mangsa yang berada di lokasi," katanya pada program Selamat Pagi Malaysia anjuran Radio Televisyen Malaysia di TV1 hari ini.
Nor Hisham berkata bantuan seperti penggunaan lori muatan besar seberat 10 hingga 20 tan digunakan secara praktikal di kawasan-kawasan bandar dalam menggerakkan mangsa banjir.
Dalam pada itu, Nor Hisham menasihatkan orang ramai untuk mengelakkan daripada berada di kawasan peranginan di negeri-negeri yang sedang menghadapi banjir.
"Kami tidak mahu insiden seperti kepala air berlaku di kawasan peranginan dan mohon agar orang ramai tangguh percutian mereka ke negeri-negeri terjejas banjir," katanya.
Beliau juga menasihatkan ibu bapa supaya mengawasi dan memantau anak-anak mereka yang berada di kawasan banjir bagi mengelak perkara yang tidak diingini berlaku.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pantai Timur
#banjir
#helikopter
#kawasan terputus hubungan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan