KUALA LUMPUR: Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor menempatkan lima buah khemah bantuan banjir di Daerah Hulu Langat, dekat sini, sebagai persediaan menghadapi gelombang kedua banjir di kawasan berkenaan.
Pengarahnya Norazam Khamis berkata pihaknya menempatkan khemah berkenaan di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Dusun Tua, Pejabat Penghulu Batu 14, Sekolah Rendah Sungai Serai, Dewan Orang Ramai Sungai Lui dan Agro Night Market Nanding di Hulu Langat.
Beliau berkata pihaknya turut menempatkan bot-bot bantuan sebagai langkah persediaan awal.
"Kami bimbang sekiranya kejadian banjir di Hulu Langat berulang semula. Oleh itu, anggota serta aset bot bomba sudah bersedia di daerah berkenaan susulan kilat dan awan mendung dilaporkan di lokasi terbabit," katanya kepada Bernama hari ini.
[LAPOR LANGSUNG] Banjir: Jumlah mangsa di empat negeri catat penurunan
Mengulas mengenai situasi semasa paras air di Sungai Lui, Norazam berkata paras air kembali normal namun bomba sentiasa membuat pemantauan paras air di sungai berkenaan.
Semalam, di media sosial tular beberapa gambar dan rakaman video berkaitan limpahan air yang berlaku di Sungai Lui dan penduduk di lokasi berkenaan dikatakan dalam keadaan berjaga-jaga kerana bimbang berlaku semula banjir.
Sementara itu, mengulas mengenai banjir di Kajang, Norazam berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.35 petang tadi daripada orang awam, memaklumkan berlaku limpahan air dari kolam berhampiran menyebabkan banjir kilat di kawasan perumahan Taman Lembah Mewah dan di Jalan Semenyih, Kajang, di sini.
Beliau berkata kejadian di kedua-dua lokasi berkenaan tidak menyebabkan sebarang kemalangan jiwa dan banjir telah surut sepenuhnya pada kira-kira 7 malam hari ini.
"Tiada kerosakan yang serius dilaporkan oleh anggota bomba bertugas serta tiada pemindahan penduduk dilakukan di kedua-dua kawasan berkenaan," katanya.
Hari ini, tular di media sosial beberapa video berdurasi di antara 10 hingga ke 15 saat memaparkan berlaku banjir kilat di lokaliti berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 27 2021
Bomba turut menempatkan bot-bot bantuan di Hulu Langat sebagai langkah persediaan awal. - Gambar fail/ Bernama
Pusat dialisis Perkeso di Pulau Pinang hujung tahun ini
Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bakal membuka sebuah pusat dialisis di Pulau Pinang menjelang hujung tahun ini, kata Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong.
RISDA usaha selesaikan 12,385 hektar kebun getah tidak bertoreh tahun ini
Hal ini bertujuan untuk memajukan semula sektor itu, selain membantu penoreh getah meningkatkan pendapatan mereka.
AWANI Ringkas: Ada usaha kurangkan majoriti
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Separuh akhir Piala Thomas: Leong Jun Hao pamer semangat juang tinggi sebelum tewas
Perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao, mempamerkan semangat juang tinggi walaupun tewas kepada pemain tuan rumah, Li Shi Feng, dalam separuh akhir Piala Thomas di Chengdu sebentar tadi.
Pulau Pinang umum pelan untuk Taman Reka Bentuk IC dan digital
Kerajaan negeri Pulau Pinang mengumumkan pelannya untuk mewujudkan Taman Reka Bentuk Litar Bersepadu (IC) dan Digital.
PM Anwar hadir Mesyuarat Pembangunan Kedah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Mesyuarat Khas Pembangunan Negeri Kedah di Wisma Darul Aman.
Piala Thomas: Gegaran sambutan tayangan skrin besar
Bersama Wartawan Astro AWANI, Ridauddin Daud di Putrajaya, Dataran Putrajaya, membuat liputan gegaran sambutan tayangan skrin besar Separuh Akhir Piala Thomas.
Polis tahan 28 lelaki bergaduh di Butterworth
Polis menahan 28 lelaki hari ini, dipercayai terlibat dalam satu pergaduhan membabitkan dua kumpulan di Jalan Raja Uda di Butterworth pada Jumaat, seperti yang tular melalui media sosial.
KPDN terima 15,753 aduan pengguna setakat April - Fuziah
Sebanyak 15,753 aduan kepenggunaan diterima di seluruh negara, termasuk 7,711 aduan menerusi platform Aduan Suri KPDN.
Laporan cuaca melampau dan bencana negara
Cuaca panas di kawasan berikut: Padang Terap, Pasir Mas, Jeli, Kota Bharu, Pasir Puteh, Tanah Merah, Besut, Setiu, Kuala Krai, Kota Marudu.
Tahap 1, tahap berjaga-jaga, suhu 35 hingga 37 darjah celsius untuk sekurang-kurangnya tiga hari.
Banjir di Johor, Kota Tinggi, 1 PPS, 22 keluarga, 88 mangsa.
Tahap 1, tahap berjaga-jaga, suhu 35 hingga 37 darjah celsius untuk sekurang-kurangnya tiga hari.
Banjir di Johor, Kota Tinggi, 1 PPS, 22 keluarga, 88 mangsa.
Sistem perparitan tidak diselengara didakwa punca banjir kilat Hulu Langat
Penduduk mendakwa, masalah berkenaan tidak diberi perhatian serius sebelum ini sehingga menyebabkan banjir kilat berlaku apabila hujan lebat berlaku lebih daripada empat jam.