KUALA LUMPUR: Bank Simpanan Nasional (BSN) akan menawarkan pembiayaan kewangan peribadi tanpa faedah MyRinggit-i Banjir sehingga RM10,000 berbanding RM5,000 yang diumumkan pada minggu lepas kepada mangsa banjir.
"RM100 juta diperuntukkan bagi tujuan ini bagi meringankan beban mangsa-mangsa banjir untuk membeli peralatan dan kelengkapan rumah baharu bagi menggantikan yang telah musnah akibat bencana," kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dalam kenyataan pada Ahad.
Beliau berkata pembiayaan itu adalah dengan moratorium bayaran balik selama enam bulan dan selanjutnya bayaran balik dalam tempoh sehingga 3.5 tahun.
Pemohon boleh memohon mulai 27 Dis, 2021 melalui https://www.bsn.com.my.
Sementara itu, BSN dalam kenyataan berasingan pula menjelaskan MyRinggit-i Banjir terbuka kepada mangsa-mangsa banjir di selurun negara.
"Mangsa-mangsa yang terkesan akibat banjir boleh memohon dengan melengkapkan borang permohonan dalam talian melalu laman web rasmi BSN - www.bsn.com.my.
"Bagi pemohon yang mempunyai masalan atau tidak mempunyai akses untuk ke laman web berkenaan, sila kunjungi Cawangan BSN berdekatan bagi membuat permohonan," menurut BSN.
[LAPOR LANGSUNG] Banjir: 'Kami cuba untuk bangkit' - Penduduk
Dokumen yang diperlukan bagi permohonan tersebut ialah salinan kad pengenalan, salinan bil elektrik rumah yang terjejas dan surat pengesahan daripada pegawai daerah/JKKK/laporan polis berkenaan rumah yang terjejas.
BSN menambah, pemohon boleh menyemak status permohonan dari semasa ke semasa melalui laman web rasmi BSN www.bsn.com.my atau hubungi Pusat Perhubungan Pelanggan BSN melalui talian 1300-88-1900 untuk maklumat lanjut.
Inisiatif melalui BSN ini telah diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 22 Dis, 2021, sebagai inisiatif bantuan meringankan beban mangsa banjir.
Beliau juga mengumumkan bantuan bayaran balik pinjaman untuk mangsa-mangsa banjir bagi pinjaman perumahan dan hartanah, kenderaan, kad kredit serta pinjaman peribadi sehingga enam bulan.
Antara kemudahan itu termasuklah penangguhan atau pengurangan bayaran balik ansuran.
Selain BSN, Ismail Sabri juga berkata TEKUN Nasional pula mengkhususkan dana berjumlah RM30 juta untuk Pinjaman Pemulihan Banjir Pembiayaan bagi PKS mikro yang terkesan.
"Bagi pinjaman sehingga RM10,000, tiada kadar faedah dikenakan dan moratorium bayaran balik diberikan untuk 12 bulan," katanya.
- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 26 2021

Permohonan MyRinggit-i Banjir terbuka kepada mangsa-mangsa banjir di selurun negara. - Gambar hiasan/ Bernama

Pasca lawatan Perdana Menteri ke China
Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke China berakhir pada Sabtu. Dengan hubungan akrab yang terjalin antara Malaysia dan China, hasil lawatan berkenaan dilihat optimis dan positif. Sesi meja bulat pertemuan empat mata dengan pelbagai pihak termasuk Presiden China Xi Jinping nyata membuahkan hasil dalam aspek pelaburan dan perdagangan.

Lawatan PM Anwar ke China beri manfaat besar
Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke China berakhir pada Sabtu. Dengan hubungan akrab yang terjalin antara Malaysia dan China, hasil lawatan berkenaan dilihat optimis dan positif. Sesi meja bulat pertemuan empat mata dengan pelbagai pihak termasuk Presiden China Xi Jinping nyata membuahkan hasil dalam aspek pelaburan dan perdagangan. Ikut laporan disediakan Hasimi Muhamad, dari Beijing.

Mohd Shuhaily akan dilantik Ketua Polis Kuala Lumpur
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain akan dilantik sebagai Ketua Polis Kuala Lumpur yang baharu.

BNM terus berhubung dengan pihak berkepentingan kemudi peralihan ekonomi bebas karbon
Ia merangkumi penyertaan dalam platform antarabangsa seperti Rangkaian Untuk Menghijaukan Sistem Kewangan (NGFS) dan membina keupayaan bagi menganalisis kesan risiko iklim untuk bertindak lebih awal.

Pindah 62 ekor kambing tanpa kebenaran, pemandu lori didenda RM10,000
Seorang pemandu lori didenda RM10,000 setelah mengaku bersalah memindahkan 62 ekor kambing disyaki dari Thailand tanpa kebenaran.

45 peniaga kena kompaun serta-merta
Seramai 45 peniaga di dua daerah iaitu Temerloh dan Maran dikenakan tindakan kompaun serta-merta melibatkan hasil kutipan RM7,900.

Pemuda Pas Kelantan gesa semak semula cukai cecair vape
Pihaknya khuatir perkara tersebut akan memberi kesan langsung kepada anak-anak muda terutama melibatkan soal kesihatan dan moral untuk tempoh jangka panjang.

AWANI Ringkas: Pengurusan visa dan frekuensi penerbangan dipermudahkan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Indonesia periksa 'hot spot' pemerdagangan manusia
Modus operandi penyeludup tidak berperikemanusiaan kerana membawa pekerja migran Indonesia secara haram dan dijadikan hamba.

Menteri Luar Ecuador letak jawatan
Menteri Luar Ecuador Juan Carlos Holguin mengumumkan peletakan jawatannya pada Sabtu atas sebab peribadi.

Lebih 10,000 rumah terjejas banjir di Selangor akhir tahun lepas
Kerajaan Selangor merekodkan sebanyak 10,783 unit kediaman terjejas akibat banjir yang melanda negeri itu pada penghujung tahun lepas.

Cadangan gaji minimum RM 1,500: Berbaloi namun majikan perlu ada perikemanusiaan
Cadangan Kerajaan untuk melaksana gaji minimum RM1,500 sebulan sebelum hujung tahun ini menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan pengusaha perniagaan di Selangor.

Projek Tebatan Sungai Golok penyelesaian jangka panjang banjir - MB
Datuk Ahmad Yakob berkata projek itu penting kerana terletak di kawasan yang bersempadan dengan negara jiran iaitu Thailand.

Banjir: Kerajaan Selangor teliti pelaksanaan terowong SMART - MB
Kerajaan Negeri Selangor menyambut baik sebarang cadangan sebagai langkah mengatasi bencana alam itu.

Kerajaan Selangor belum putus ambil tindakan kes penipuan permohonan banjir - MB
Pihaknya telah mengeluarkan nama-nama pemohon selepas mengesan berlaku pertindihan dalam proses permohonan.

Hanya 4,227 permohonan bantuan automotif diterima secara dalam talian
Hanya 4,227 permohonan bantuan automotif dengan nilai anggaran tuntutan RM5.47 juta diterima daripada mangsa banjir di seluruh negara.

Banjir: 119,626 ketua isi rumah layak terima BWI - Nadma
Seramai 119,626 Ketua Isi Rumah (KIR) layak untuk menerima Bantuan Wang Ihsan (BWI) setakat 8 pagi hari ini, menurut Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

Lanjutan moratorium akan dikemuka pada bank - Tengku Zafrul
Cadangan pelanjutan tempoh moratorium yang dijadual berakhir hujung bulan ini akan dikemukakan kepada institusi perbankan.

Dokumen laporan impak 'Banjir 2021' dikeluarkan minggu hadapan
Dokumen itu dijangka akan dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) selewat-lewatnya pada minggu hadapan.

Banjir: Khalid Samad nafi 'hilang dari radar'
Pada 18 Disember, beliau berada di Shah Alam bagi menguruskan seorang bapa yang kehilangan sembilan ahli keluarga akibat nahas jalan raya.