awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
RPN 2026-2035 memanusiakan sistem pendidikan
[TERKINI] Bekas PTD mengaku tidak bersalah terima wang haram RM145,000, kes dipindah ke Mahkamah KL
Ringgit dibuka hampiri paras tertinggi lima tahun berbanding dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: Cuti bomba Kelantan dibekukan hingga tamat monsun

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
18/11/2020
01:39 MYT
Banjir: Cuti bomba Kelantan dibekukan hingga tamat monsun
MD SALLEH: Seramai 1,500 orang anggota bomba, termasuk pasukan bantuan dan sukarela, sudah ditempatkan di balai-balai sebagai persediaan menghadapi Monsun Timur Laut. - Astro AWANI
BACHOK:Bagi menghadapi kemungkinan banjir, cuti 1,500 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat, JBPM Kelantan dibekukan bermula November hingga tamat Monsun Timur Laut.
Pengarah JBPM Kelantan, Md Salleh Sarbini, anggotanya diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga dan bersiap sedia bagi menghadapi situasi banjir susulan amaran hujan berterusan di Kelantan.
“Dari segi Jabatan Bomba, bagi persediaan Monsun Timur Laut, 1,500 orang termasuk pasukan bantuan dan sukarela sudah kita tempatkan di balai-balai.
"Mereka sudah bersiap sedia dan cuti mereka dibekukan,” kata Md Salleh.
Pihaknya juga menyediakan 40 bot, 10 lori dan 40 pacuan empat roda untuk tujuan memindahkan mangsa banjir.
Selain logistik darat, sebuah helikopter AW139 unit udara JBPM akan dikhaskan untuk tujuan penyelamatan kecemasan sepanjang musim tengkujuh ini.
Jabatan Meteorologi semalam mengeluarkan amaran cuaca buruk (kategori jingga) bermula semalam dan hari ini dengan keadaan hujan berterusan yang boleh mengakibatkan berlaku peningkatan paras air sungai di kawasan rendah.
BACA: Monsun: Empat kawasan di Terengganu berdepan amaran cuaca bahaya
BACA: MetMalaysia keluarkan amaran cuaca buruk, waspada di tiga negeri
Topic Berkaitan
#JBPM
#bomba
#Jabatan Bomba dan Penyelamat
#Kelantan
#monsun timur laut
#Md Salleh Sarbini
#meteorologi
#met malaysia
#banjir
#cuti beku
#anggota bomba
#amaran
#hujan
#Sungai
#helikopter
#bot
#pemindahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan