awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir di Bintulu hampir pulih, beberapa kawasan masih dipantau - Bomba

Bernama
Bernama
05/02/2025
01:30 MYT
Banjir di Bintulu hampir pulih, beberapa kawasan masih dipantau - Bomba
Setakat pagi ini, seramai 1,966 mangsa masih ditempatkan di tujuh pusat pemindahan sementara (PPS) di Bintulu. - Gambar fail
BINTULU: Keadaan banjir yang melanda Bintulu sejak seminggu lalu kini hampir pulih sepenuhnya.
Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 5 Bintulu, Wan Kamarudin Wan Ahmad berkata, bagaimanapun, masih terdapat beberapa kawasan yang dalam pemantauan pihaknya.
"Antara kawasan yang masih dipantau ialah Kampung Jepak dan Kampung Kemunting," katanya kepada Bernama.
Menurutnya, beberapa lokasi masih perlu dipantau kerana berisiko mengalami runtuhan rumah akibat banjir, manakala kawasan lain telah surut sepenuhnya.
Mengulas mengenai bencana banjir yang bermula di Bintulu pada 29 Jan lepas, Wan Kamarudin berkata sebanyak 48 lokasi di sekitar bandar itu yang terkesan akibat banjir.
Katanya, selain membantu memindahkan penduduk yang terjejas, JBPM Bintulu turut melaksanakan misi penghantaran bekalan makanan kepada mangsa di kawasan pedalaman yang terputus hubungan.
Wan Kamarudin yang juga anak jati Bintulu menyifatkan, bencana kali ini sebagai yang paling buruk pernah melanda bandar itu.
"Seumur hidup saya di sini, inilah banjir paling teruk. Malah, kawasan Jepak yang sebelum ini jarang dilanda banjir turut terjejas kali ini," katanya.
Setakat pagi ini, seramai 1,966 mangsa masih ditempatkan di tujuh pusat pemindahan sementara (PPS) di Bintulu. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir Sarawak
#Bintulu pulih
#JBPM Bintulu
#mangsa banjir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan