awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
SHMMP: KPDN Perak tempatkan 195 penguat kuasa, 75 pegawai pemantau harga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir di Johor semakin surut, mangsa berkurangan kepada 31,680 orang

Bernama
Bernama
16/03/2023
02:10 MYT
Banjir di Johor semakin surut, mangsa berkurangan kepada 31,680 orang
Khemah di PPS berikutan keadaan rumah mangsa banjir yang terletak berhampiran Sungai Senggarang digenangi air. - Foto fail/BERNAMA
JOHOR BAHRU: Keadaan banjir di Johor dilihat semakin surut dengan jumlah mangsa banjir menunjukkan pengurangan kepada 31,680 orang setakat 8 pagi ini berbanding 33,254 orang pada 8 malam tadi.
Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBM) tiga daerah masih terlibat dengan banjir iaitu Batu Pahat, Segamat dan Muar melibatkan 8,992 keluarga yang ditempatkan di 107 pusat pemindahan sementara (PPS).
"Batu Pahat mempunyai paling ramai mangsa iaitu sebanyak 31,581 orang diikuti Segamat 75 orang dan Tangkak 24 mangsa," menurut kenyataan itu.
Sementara itu, Seketariat Pengurusan Bencana Daerah Batu Pahat memaklumkan cuaca baik dijangka di daerah itu dengan ramai mangsa dijangka boleh pulang ke kediaman masing-masing.
Tinjauan Bernama juga mendapati paras air di beberapa kawasan di daerah itu semakin surut dan ramai mangsa juga telah mula membersihkan kediaman masing-masing terutama menjelang Ramadan minggu depan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir
#PPS
#mangsa
#surut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan