awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit melonjak ke paras tertinggi sejak awal Mac 2021
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SHMMP: KPDN Perak tempatkan 195 penguat kuasa, 75 pegawai pemantau harga

Bernama
Bernama
23/12/2025
11:00 MYT
SHMMP: KPDN Perak tempatkan 195 penguat kuasa, 75 pegawai pemantau harga
Pengarah KPDN Perak Datuk Kamalludin Ismail (empat,kiri) menunjukkan bawang sempena Sesi Walkabout Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Krismas 2025 di Ipoh, hari ini. - Foto Bernama
BAGAN DATUK: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak menempatkan 195 penguat kuasa dan 75 Pegawai Pemantau Harga (PPH) di lokasi strategik sempena Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Krismas 2025 yang berkuat kuasa hari ini hingga 27 Dis.

Ringkasan AI
  • Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak tempatkan 195 penguat kuasa dan 75 Pegawai Pemantau Harga (PPH) sempena Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Krismas 2025 untuk cegah pencatutan harga dan pastikan pengguna mendapat barangan pada harga munasabah.
  • Kompaun dan pendakwaan akan dilakukan terhadap peniaga yang melanggar peruntukan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011, kata Pengarah KPDN Perak Datuk Kamalludin Ismail.
  • Skim ini melibatkan sembilan jenis barangan keperluan dengan harga maksimum yang ditetapkan di peringkat borong dan runcit, serta peniaga diwajibkan mematuhi harga maksimum yang ditetapkan serta mempamerkan tanda harga berwarna merah jambu bagi memudahkan pengguna membuat perbandingan harga.

Pengarah KPDN Perak Datuk Kamalludin Ismail berkata pelaksanaan SHMMP itu bertujuan mengekang aktiviti pencatutan, manipulasi harga serta memastikan pengguna dapat memperoleh barangan keperluan pada harga yang munasabah sepanjang tempoh perayaan.
"Tindakan tegas termasuk kompaun dan pendakwaan akan diambil terhadap peniaga yang didapati melanggar peruntukan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas pemeriksaan pematuhan SHMMP Krismas 2025 sempena program Response and Reward, Pendigitalan Pendidikan Aduan dan Kesedaran Hak Pengguna di sebuah pasar raya di Hutan Melintang dekat sini hari ini.
Kamalludin berkata skim itu melibatkan sembilan jenis barangan keperluan yang ditetapkan harga maksimum di peringkat borong dan runcit bagi memastikan kestabilan harga di pasaran.
"Sembilan barangan harga terkawal yang terlibat ialah daging kambing biri-biri bertulang import, kubis bulat import, lobak merah (China), tomato, lada benggala hijau, cili merah, ubi kentang import (China), bawang merah besar dan bawang kuning besar.
"Peniaga diwajibkan mematuhi harga maksimum yang ditetapkan dan mempamerkan tanda harga berwarna merah jambu bagi barangan yang terlibat di bawah skim ini bagi memudahkan pengguna membuat perbandingan harga," katanya.
Kamalludin berkata sebanyak 44 kes kesalahan melibatkan peniaga telah diambil tindakan dengan dikenakan kompaun serta-merta semasa pelaksanaan operasi penguatkuasaan pada SHMMP Deepavali lepas.
"Terdapat 40 kes dikesan melibatkan kegagalan peniaga mempamerkan tanda harga berwarna merah jambu seperti yang ditetapkan, manakala selebihnya berkaitan ketiadaan tanda harga pada barangan jualan," katanya.
Justeru, beliau mengingatkan peniaga supaya mematuhi peraturan yang ditetapkan termasuk tidak menjual barangan melebihi harga maksimum, mempamerkan tanda harga berwarna merah jambu, selain menggunakan alat timbang dan sukat yang telah ditentusahkan, khususnya menjelang musim perayaan.
Kamaluddin berkata pihaknya akan meningkatkan pemantauan dan penguatkuasaan di seluruh Perak termasuk di pasar awam, pasar raya, pasar basah dan premis perniagaan bagi memastikan pematuhan sepenuhnya terhadap perintah skim berkenaan.
-- BERNAMA

Topic Berkaitan
#KPDN Perak
#Skim Harga Maksimum Musim Perayaan
#SHMMP Krismas 2025
#penguat kuasa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan