awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Zohran Mamdani ikrar perangi Islamofobia, rasisme terhadap rakyat Palestin
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir di Lembah Klang mula surut secara berperingkat - Bomba Selangor

Bernama
Bernama
19/12/2021
12:04 MYT
Banjir di Lembah Klang mula surut secara berperingkat - Bomba Selangor
Banjir yang melanda Lembah Klang akibat hujan lebat bermula Jumaat pagi hingga awal pagi tadi mulai surut secara berperingkat sejak pagi tadi. - Foto BERNAMA
SHAH ALAM: Banjir yang melanda Lembah Klang akibat hujan lebat bermula Jumaat pagi hingga awal pagi tadi mulai surut secara berperingkat sejak pagi tadi, kata Pengarah Bomba Selangor Norazam Khamis.
"Kebanyakan kawasan sudah mulai surut namun ada kawasan yang berdekatan dengan sungai boleh dilihat keadaan airnya statik seperti di Taman Sri Muda, di sini," katanya kepada Bernama hari ini.
Sementara itu, tinjauan udara Bernama menggunakan helikopter mendapati keadaan banjir masih belum surut di sesetengah kawasan Lembah Klang.
Di kawasan Taman Sri Muda, kebanyakan laluan dan kawasan perumahan teres masih terjejas banjir.
Tinjauan di sekitar Seksyen 13, di sini turut menyaksikan sebahagian kawasan di situ masih digenangi air sehingga menyukarkan mana-mana kenderaan untuk melaluinya.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Bencana Banjir 2021: Segerakan usaha menyelamat
Kawasan lain yang masih terjejas termasuk Taman Sri Nanding dan Batu 18 di Hulu Langat.
Kebanyakan mangsa didapati tidak perlu dipindahkan ke pusat pemindahan sementara, sebaliknya hanya terdesak untuk mendapatkan bantuan makanan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir
#Lembah Klang
#bencana banjir
#bomba Selangor
#surut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan