awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Azmin umum letak jawatan Setiausaha Agung Perikatan Nasional
Tiba masa nilai semula hubungan dengan Bersatu - Pemuda Pas Selangor
AstroBIZ: Brew Nation Kitchen lebih bergaya bersama Astro BizOne
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir di Melaka: 482 mangsa terpaksa dipindahkan

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
22/11/2020
12:57 MYT
Banjir di Melaka: 482 mangsa terpaksa dipindahkan
Sebahagian rumah di Kampung Gadek di Alor Gajah, Melaka dinaiki air. - Foto BERNAMA
JASIN:Seramai 482 mangsa banjir melibatkan 142 buah keluarga terpaksa dipindahkan ke enam pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga daerah di Melaka.
Angka itu menunjukkan peningkatan berbanding hanya 394 mangsa sehingga tengah hari tadi.
Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Leftenan Kolonel (PA) Effendy Ali dalam kenyataannya berkata, terbaharu, sebuah lagi PPS dibuka di daerah Jasin iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Gantong yang membabitkan seramai 17 mangsa daripada tiga keluarga.
Selain itu tiga PPS di Jasin adalah di SK Tehel, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Katil dan SJK (C) Shuh Yen.
Ujarnya, daerah Jasin juga kekal menjadi daerah tertinggi dengan 325 mangsa daripada 101 keluarga.
Sementara itu, seramai 100 mangsa daripada 28 keluarga di Melaka Tengah ditempatkan di PPS SK Ayer Molek, meningkat tujuh orang berbanding tengah hari.
Mangsa banjir di Alor Gajah pula menunjukkan penurunan apabila 57 mangsa masih berada di PPS SK Durian Tunggal berbanding 72 sebelum ini.
Beliau yang juga pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka berkata, pihaknya juga menggerakkan anggota untuk memantau semua kawasan perumahan memandangkan bencana kali ini turut melibatkan kawasan yang tidak pernah berlaku banjir.
Sementara itu seorang mangsa, Maidin Ros, 59, memberitahu, kediamannya sudah beberapa tahun tidak dilanda banjir dan kali terakhir berdepan banjir teruk pada tahun 2006 lalu yang menenggelamkan hampir keseluruhan rumahnya.
Katanya, jika dahulu berpindah ke pusat pemindahan sudah menjadi ‘rutin’ dia dan sekeluarga, bagaimanapun sedikit terkejut apabila kejadian sama berpulang dan memaksa dia dan keluarga berpindah ke PPS SK Parit Gantong.
Topic Berkaitan
#banjir
#PPS
#Alor Gajah
#pusat pemindahan
#mangsa banjir
#banjir melaka
#Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
#APM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan