awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengeluar komputer dijangka beralih kepada CXMT untuk bekalan memori pengguna
Valve tangguh pelancaran Steam Machine, Steam Frame akibat krisis komponen global
Suspek tular pegang parang, tunjuk jari tengah sudah ditahan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir di Pahang semakin pulih, mangsa di Johor kekal 36 orang

Bernama
Bernama
15/12/2024
14:32 MYT
Banjir di Pahang semakin pulih, mangsa di Johor kekal 36 orang
Banjir di Pahang hampir pulih apabila hanya empat orang daripada dua keluarga masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS) malam ini berbanding 11 orang daripada empat keluarga, petang tadi. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Banjir di Pahang hampir pulih apabila hanya empat orang daripada dua keluarga masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS) malam ini berbanding 11 orang daripada empat keluarga, petang tadi.
Kesemua mangsa berkenaan dari daerah Maran yang berlindung di PPS Balai Raya Kampung Baru Pertanian.
Di JOHOR, jumlah mangsa tidak berubah iaitu 36 orang daripada 11 keluarga, setakat 8 malam.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Tan Sri Dr Azmi Rohani memaklumkan hanya satu PPS masih beroperasi iaitu Balai Raya Kampung Batu Badak di Segamat.
"Satu sungai melepasi paras amaran iaitu Sungai Muar di Buloh Kasap, Segamat merekodkan 8.74 meter (trend menurun), manakala Sungai Muar di Jeti Kampung Tekam, Segamat (3.34 meter) pada paras waspada," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata keadaan cuaca di daerah Muar, Mersing, Pontian, Segamat, Batu Pahat, Tangkak dan Kulai dijangka cerah, manakala Johor Bahru, Kluang serta Kota Tinggi diramal mendung malam ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir pahang
#semakin pulih
#PPS
#Johor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan