awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir di Sabah, Pahang meningkat, Johor menurun - Nadma

Bernama
Bernama
15/01/2024
04:10 MYT
Banjir di Sabah, Pahang meningkat, Johor menurun - Nadma
Di Sabah, seramai 75 mangsa berlindung di tiga PPS di Beluran manakala 149 mangsa berlindung di sebuah PPS di Sandakan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di Sabah dan Pahang merekodkan peningkatan manakala Johor mencatatkan penurunan menjadikan jumlah terkini keseluruhan mangsa seramai 663 orang setakat 6 pagi ini berbanding 692 orang malam tadi.
Menurut laporan terkini Pusat Kawalan Bencana Negara Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), jumlah itu meliputi 224 orang daripada 68 keluarga yang berlindung di empat PPS di Sabah, 175 orang daripada 58 keluarga di empat PPS di Pahang dan 264 orang daripada 64 keluarga di tujuh PPS di Johor.
Di Sabah, seramai 75 mangsa berlindung di tiga PPS di Beluran manakala 149 mangsa berlindung di sebuah PPS di Sandakan.
Di Pahang, 40 mangsa ditempatkan di dua PPS di Pekan manakala seramai 135 mangsa ditempatkan di dua PPS di Rompin.
Di Johor, seramai 124 mangsa berlindung di dua PPS di Kota Tinggi, 63 mangsa di dua PPS di Segamat, 23 mangsa di sebuah PPS di Batu Pahat, 38 mangsa di sebuah PPS di Kluang manakala 16 mangsa di sebuah PPS di Mersing.
Dalam pada itu, tinjauan situasi status Stesen Telemetri Jabatan Pengairan dan Saliran mendapati beberapa sungai di Johor, Kelantan, Pahang, Perlis dan Terengganu berada pada paras bahaya pagi ini.
Di Johor, sungai terlibat ialah Sungai Endau di Kluang, Sungai Johor di Kota Tinggi dan Sungai Muar di Segamat manakala di Kelantan membabitkan Sungai Kelantan, Pahang membabitkan Sungai Pahang di Pekan, Bera dan Maran serta Sungai Rompin, di Perlis membabitkan Sungai Arau manakala di Terengganu membabitkan Sungai Terengganu Kuala Terengganu.
Sementara itu, NADMA memaklumkan terdapat 44 jalan ditutup akibat bencana banjir, jambatan rosak dan tanah runtuh antaranya Jalan Petri Jaya, Kota Tinggi, Johor, Jalan Serengkam, Maran, Pahang, Jalan Bukit Besi - Dungun di Maran, Terengganu dan Jalan Temerloh-Jerantut di Temerloh, Pahang.
NADMA turut memaklumkan 47 orang daripada 12 keluarga masih kekal berlindung di sebuah PPS di Tawau, Sabah, manakala 38 mangsa daripada 12 keluarga ditempatkan di sebuah PPS di Kuching, Sarawak ekoran insiden kebakaran.
-- BERNAMA
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#banjir johor
#banjir pahang
#banjir sabah
#info banjir terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan