awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan peruntuk RM9.8 juta pada 2025 tangani penyakit, perosak utama sawit - KPK
Turkiye henti eksport ayam itik untuk stabilkan pasaran domestik
Angka korban bangunan runtuh di utara Lubnan meningkat kepada 14 orang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir di Sabah pulih, semua PPS telah ditutup

Bernama
Bernama
02/03/2025
02:45 MYT
Banjir di Sabah pulih, semua PPS telah ditutup
Semua PPS ditutup setelah pemeriksaan kawasan dan kediaman Penduduk Terjejas Bencana (PTB) selamat untuk didiami. - Foto fail/Astro AWANI
KOTA KINABALU: Banjir di Sabah pulih sepenuhnya dengan lima pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir, iaitu di Telupid ditutup pada 8 pagi ini dan kesemua 350 mangsa daripada 102 keluarga yang mendiami PPS itu dibenarkan pulang.
Pegawai Daerah Telupid Celestine Jetony yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Telupid dalam kenyataan berkata semua PPS ditutup setelah pemeriksaan kawasan dan kediaman Penduduk Terjejas Bencana (PTB) selamat untuk didiami.
"Berdasarkan laporan dan maklumat di lapangan yang diterima daripada agensi dalam JPBD, maka saya mengisytiharkan bahawa semua PPS ditutup 8 pagi ... keadaan cuaca pagi ini mendung dan keadaan paras air semakin menurun," katanya hari ini.
Hujan lebat pada petang Rabu lepas menyebabkan beberapa kampung di Paitan dan Telupid, dua daerah di kawasan pedalaman Sabah, terjejas banjir.
Ekoran itu, beberapa PPS dibuka di Telupid pada malam itu manakala PPS di Paitan dibuka keesokannya, namun ditutup petang semalam kerana banjir semakin pulih.
-- BERNAMA
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Banjir 2024
#monsun timur laut
#Bah Kuning
#PPS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan