KUCHING:Situasi banjir di beberapa daerah di Sarawak  semakin membimbangkan dengan peningkatan jumlah mangsa di pusat pemindahan sementara pada tengah hari ini.

Berbanding 150 pada jam 9.00 pagi, jumlah mangsa kini melonjak kepada 212 orang daripada 61 keluarga.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Daerah Serian paling teruk terjejas dengan 79 mangsa yang ditempatkan di tiga PPS.

PPS Dewan SK Tebakang kini menempatkan 31 mangsa daripada tujuh keuarga berbanding 23 mangsa daripada lima keluarga pada pagi tadi.

Jumlah mangsa di PPS Dewan Kampung Slabi Entukuh pula kekal 32 melibatkan enam keluarga.

Sementara PPS Dewan Buk Janjun yang baru dibuka jam 9.00 pagi tadi memuatkan 16 mangsa daripada enam buah keluarga.

Di Samarahan satu PPS baharu di buka iaitu PPS Dewan Mesra Simunjan yang menempatkan 27 mangsa melibatkan sembilan keluarga.

Jumlah mangsa di PPS Dewan Masyarakat Lubok Buntin pula meningkat kepada 21 orang daripada lima keluarga berbanding 10 mangsa daripada dua keluarga pagi tadi.

Jumlah mangsa di dua lagi daerah iaitu Tatau dan Song tidak berubah. Tatau kekal dengan lapan mangsa melibatkan dua keluarga dan 77 mangsa daripada 27 keluarga di Song.

BACA: Samarahan daerah terbaharu dilanda banjir di Sarawak