awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Pasangan suami isteri di Besut derita sakit kronik
20 kebakaran terbuka di Melaka dalam tempoh 12 jam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Amaran hujan lebat tahap buruk, waspada di enam negeri

Bernama
Bernama
10/12/2024
06:29 MYT
Amaran hujan lebat tahap buruk, waspada di enam negeri
Hujan berterusan tahap waspada sehingga Khamis ini dijangka berlaku di seluruh Perlis dan beberapa kawasan di Kedah. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat tahap buruk dan waspada di enam negeri yang diramal berlaku hingga esok dan Khamis ini.

Ringkasan AI
  • MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan lebat tahap buruk dan waspada di enam negeri, termasuk Terengganu, Pahang, Perlis, Kedah, Perak, dan Kelantan, yang dijangka berterusan hingga esok dan Khamis.
  • Hujan lebat tahap buruk dijangka melanda daerah-daerah di Terengganu dan Pahang, manakala hujan tahap waspada dijangka di seluruh Perlis, beberapa kawasan di Kedah, Perak, Kelantan, dan Terengganu.
  • Orang ramai disarankan untuk mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi MetMalaysia, aplikasi myCuaca, laman media sosial rasmi, atau menghubungi talian hotline 1-300-22-1638.

Ketua Pengarahnya Mohd Hisham Mohd Anip menerusi kenyataan dikeluarkan pada 1 tengah hari ini memaklumkan, hujan lebat berterusan tahap buruk diramal melanda empat daerah di Terengganu iaitu Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman selain Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin di Pahang sehingga esok.
Hujan berterusan tahap waspada sehingga Khamis ini dijangka berlaku di seluruh Perlis dan beberapa kawasan di Kedah melibatkan Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik dan Baling.
Turut dijangka mengalami cuaca sama hingga Khamis di Perak melibatkan kawasan Hulu Perak dan Kuala Kangsar, seluruh Kelantan dan Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu).
Beberapa kawasan di Pahang melibatkan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Temerloh dan Bera dijangka mengalami hujan berterusan tahap waspada hingga esok.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi MetMalaysia, aplikasi mobil myCuaca dan laman media sosial rasmi jabatan itu dan menghubungi talian hotline 1-300-22-1638 bagi sebarang pertanyaan lanjut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir
#hujan lebat
#MetMalaysia
#terengganu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan