awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir di Tanah Merah pulih sepenuhnya, tiga PPS ditutup tengah hari ini

Bernama
Bernama
26/02/2025
07:30 MYT
Banjir di Tanah Merah pulih sepenuhnya, tiga PPS ditutup tengah hari ini
Banjir di Tanah Merah pulih sepenuhnya, dan tiga pusat pemindahan sementara (PPS) yang menempatkan 62 mangsa daripada 17 keluarga telah ditutup. -Gambar fail/Bernama
KOTA BHARU: Banjir di Tanah Merah pulih sepenuhnya apabila tiga pusat pemindahan sementara (PPS) yang menempatkan 62 mangsa daripada 17 keluarga semalam, ditutup pada 12 tengah hari tadi.

Ringkasan AI
  • Banjir di Tanah Merah pulih sepenuhnya, dan tiga pusat pemindahan sementara (PPS) yang menempatkan 62 mangsa daripada 17 keluarga telah ditutup.
  • Kesemua mangsa telah dibenarkan pulang selepas rumah mereka tidak lagi dinaiki air, tetapi penduduk dinasihatkan untuk segera berpindah ke PPS jika banjir berlaku lagi.
  • Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohamed Fadzli Hassan, menasihatkan masyarakat untuk mengambil langkah keselamatan dan mematuhi peraturan pihak berkuasa apabila berlaku banjir.

Penyelaras Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Tanah Merah Mohd Ahnaf Hanafi berkata kesemua mangsa telah dibenarkan pulang selepas rumah mereka tidak lagi dinaiki air.
"Bagaimanapun, sekiranya banjir berlaku lagi penduduk diarahkan supaya segera berpindah ke PPS yang berdekatan bagi mengelakkan sebarang perkara tidak diingini berlaku," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Berdasarkan portal infobanjir.water.gov.my, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) merekodkan Sungai Golok di Rantau Panjang berada pada paras bahaya dengan bacaan 10.3 meter (m) manakala Sungai Golok di Kampung Jenob, Tanah Merah melepasi paras waspada iaitu 22.1 m.
Sementara itu, Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohamed Fadzli Hassan menasihatkan supaya masyarakat mengambil langkah keselamatan dan mematuhi peraturan yang ditetapkan pihak berkuasa apabila berlaku banjir.
"Banjir berlaku lagi di Kelantan dan kali ini di luar jangkaan kita hingga menyebabkan beberapa kawasan dinaiki air. Justeru, kita harap rakyat mengambil langkah keselamatan yang sewajarnya," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Exco di Kompleks Kota Darul Naim di sini hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir
#Tanah Merah
#PPS
#pusat pemindahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan