KUALA LUMPUR: Pegawai perubatan dan jururawat akan ditempatkan di setiap pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh negara mengikut kapasiti bagi membantu mangsa banjir, kata Datuk Seri Ismail Sabri.
Menurut Perdana Menteri, dalam mendepani pandemik COVID-19, kerajaan mengakui keperluan untuk meletakkan pasukan perubatan di PPS.
Beliau berkata, selain pelitup muka, cecair pembasmi kuman dan ubat-ubatan, kesemua mangsa banjir juga akan menjalani ujian saringan COVID-19 menggunakan kit ujian pantas (RTK) antigen bagi memastikan mereka bebas daripada jangkitan itu.
"Saya difahamkan PPS belum ada pasukan perubatan dan Ketua Pengarah Kesihatan (Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah) yang turut hadir mesyuarat hari ini bersetuju untuk menyediakan pasukan perubatan di setiap PPS.
"Waktu tinjauan sebentar tadi, saya mendapati ada segelintir mangsa yang tidak memakai pelitup muka. Tapi kita tidak boleh salahkan mereka. Mereka pindah dalam keadaan tergesa-gesa," kata beliau dalam sidang media di Pejabat Tanah Klang di sini, pada Ahad.
[LAPOR LANGSUNG] Bencana Banjir 2021: Segerakan usaha menyelamat
Dalam pada itu, Perdana Menteri memberitahu, setakat ini bilangan mangsa yang ditempatkan di PPS meningkat daripada 6,000 kepada lebih 15,000 mangsa.
Menurutnya, setakat semalam terdapat 48 PPS namun bilangan itu ditingkatkan kepada 103 PPS di lapan daerah di seluruh negeri Selangor pada Ahad.
Beliau juga yakin, kesemua isu yang dibangkitkan termasuk mangsa yang dikatakan terperangkap di rumah, kelewatan penyaluran makanan, tandas dan tempat tidur telah diselesaikan hari ini.
"Sekarang kita faham, mereka terpaksa tidur di atas lantai kerana terpaksa bertindak secara tergesa-gesa, saya sudah mengarahkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk menyediakan penginapan berbentuk kapsul kepada mereka," jelasnya.
Umavathi Ramayah
Sun Dec 19 2021

Ismail Sabri Yaakob berkata, selain pelitup muka, cecair pembasmi kuman dan ubat-ubatan, kesemua mangsa banjir di PPS akan menjalani ujian saringan COVID-19 menggunakan kit ujian pantas (RTK) antigen. - Gambar BERNAMA

Awang Askandar berhasrat tubuh skuad ekstrem bantu negara dilanda bencana
Allahyarham Leftenan Kolonel Awang Askandar Ampuan Yaacub turut menzahirkan hasrat tersebut bagi membantu negara seperti Turkiye yang dilanda gempa bumi.

Rundingan damai di selatan Thailand tetap diteruskan walaupun kerajaan bertukar
Rundingan damai di selatan Thailand adalah agenda nasional dan ia akan diteruskan meskipun kerajaan bertukar.

Pengawal sempadan Taliban, Iran bertempur di sempadan Afghanistan - Laporan
Pasukan Taliban bertempur dengan pengawal sempadan Iran di sempadan Iran-Afghanistan pada Sabtu.

Piala FA: Prestasi cemerlang pastikan Selangor mara ke separuh akhir
Skuad kendalian Tan Cheng Hoe mempamerkan permainan yang lebih selesa dan mendominasi aksi.

Majlis Ilmu MADANI perlu diperbanyak, diperluas ke seluruh negara
Penganjuran Majlis Ilmu MADANI dapat memperkasakan akhlak dan melahirkan masyarakat berpengetahuan.

Tanzania sedia mesin layan diri tuala wanita di sekolah awam
Mesin layan diri akan membolehkan pelajar perempuan mengakses tuala wanita pada bila-bila masa dengan harga 200 syiling Tanzania

Masyarakat berbudi harus dimulakan oleh barisan pemimpin
Pembentukan sesebuah tamadun dilihat daripada ketinggian akhlak dan ia perlu dimulakan oleh barisan kempimpinannya.

Ahli Majlis digesa turun padang, aktifkan program banteras denggi
Ahli majlis yang dilantik PBT digesa agar aktif melakukan pemantauan dan kerja gotong-royong dalam komuniti mereka dalam usaha mengawal penularan wabak denggi.

MABA hanya benar seorang pemain naturalisasi di Sukan SEA Malaysia 2027
Hanya seorang pemain naturalisasi akan dibenarkan bagi setiap pasukan bola keranjang wanita di Sukan SEA Malaysia 2027.

MATA anjur persidangan dan pameran pelancongan Islam pada September
MATA akan menganjurkan Persidangan dan Pameran Haji, Umrah dan Pelancongan Islam Asia (AITEX) 2023 dari 13 hingga 15 Sept.

'Banyak keputusan sukar diambil ketika bersama Ismail Sabri' - KJ
Khairy berkata, berkhidmat di bawah Ismail Sabri dan memegang portfolio sebagai Menteri Kesihatan pada ketika itu merupakan satu episod yang tersendiri.

Kebebasan media: Beberapa akta perlu dilihat semula - Ismail Sabri
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyeru supaya undang-undang seperti Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dilihat semula.

Indeks Kebebasan Akhbar 2022: Malaysia di kedudukan tertinggi negara ASEAN
Kedudukan Malaysia di 113 daripada 180 dengan skor 51.55 dan merupakan yang tertinggi dalam kalangan negara ASEAN.

'Taut kembali kasih terpisah, cinta terlerai' - Ismail Sabri
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meminta orang ramai mengambil peluang sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri untuk menautkan kembali kasih terpisah dan cinta terlerai.

'Bukan kahwin paksa tetapi dijodohkan orang tua' - Mahfuz bidas Ismail Sabri
Kerjasama PH dan BN adalah perkahwinan hasil jodoh yang dipertemukan oleh orang tua, kata Mahfuz.

Kahwin paksa: Loke ingatkan Ismail Sabri, kerjasama PH-BN atas nasihat Agong
Gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) adalah kerjasama politik yang turut digalakkan Yang di-Pertuan Agong.

Ismail Sabri jalani pembedahan mata
Prosedur pembedahan berlangsung selama dua jam dan selesai kira-kira jam 12 tengah hari tadi.

Pilih pemimpin kembali julang maruah UMNO - Ismail Sabri
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengingatkan seluruh ahli UMNO supaya membuat pilihan tepat ketika sesi pemilihan Naib Presiden dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti itu pada Sabtu.

Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi tidak diteruskan - Fuziah
Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi yang ditubuhkan tahun lepas di bawah pentadbiran bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak diteruskan lagi, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Kerajaan digesa semak semula pelaksanaan cukai barangan mewah - Ismail Sabri
Ini kerana, katanya, pelaksanaan cukai itu berpotensi menjadikan Malaysia destinasi bukan pilihan oleh pelancong asing yang ingin berbelanja dan membeli belah.