awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kajian Pilihan Raya Datuk Bandar KL: Jangan pandang rendah keupayaan UIAM - Fahmi
Kematian anjing bernama Ollie: Bicara kes saman kecuaian veterinar bermula 9 Feb
15 maut, lebih 80 cedera dalam letupan di masjid Islamabad ketika solat Jumaat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: Dua pusat pemindahan dibuka di Kuching

Rudi Affendi Khalik
Rudi Affendi Khalik
11/12/2019
15:02 MYT
Banjir: Dua pusat pemindahan dibuka di Kuching
Sehingga jam 10 malam tadi, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri telah membuka dua pusat pemindahan sementara. - JPBN
Hujan luar biasa sejak jam 2 petang Rabu telah menyebabkan beberapa kawasan di bandar raya ini mula dinaiki air.
Sehingga jam 10 malam tadi, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri telah membuka dua pusat pemindahan sementara iaitu di Dewan Masyarakat Stapok di Daerah Kuching dan Balai Raya Kampung Jugan di Daerah Bau.
Jurucakapnya, Ismail Mahedin berkata, seramai sembilan keluarga melibatkan 29 mangsa telah dipindahkan dari Taman Sri Emas, Jalan Batu Kawa sekitar jam 9 malam tadi.
"Mereka keluar sendiri ke pusat pemindahan setelah kediaman mula dinaiki air, manakala tujuh keluarga melibatkan 43 mangsa di Kampung Jugan berpindah ke balai raya kampung tersebut," ujarnya.
Ismail berkata, hujan lebat yang bertembung fenomena air pasang menyebabkan kawasan terbabit ditenggelami air.
Semua agensi pengurusan bencana di Kuching kini sedang dalam siap siaga berikutan hujan yang turun tanpa henti di beberapa kawasan.
Topic Berkaitan
#banjir
#JPBN
#Kuching
#mangsa banjir
#Pusat Pemindahan Sementara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan