awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: Empat jalan terputus hubungan, 45 mangsa dipindahkan di Ranau

Bernama
Bernama
05/01/2023
02:40 MYT
Banjir: Empat jalan terputus hubungan, 45 mangsa dipindahkan di Ranau
Enam lokasi di daerah itu telah dikenal pasti sebagai lokasi berisiko di daerah Ranau iaitu Kampung Libang, Marakau, Kituntul, Silou, Lasing dan Bahab.- Bernama
KOTA KINABALU: Empat jalan terputus hubungan di daerah Ranau akibat kejadian hujan lebat berterusan dan banjir pada petang semalam.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan jalan utama yang menghubungkan Kota Kinabalu-Sandakan di Km179.308 telah ditutup serta-merta akibat banjir.
Kenyataan itu memberitahu Jalan Marakau-Kinapulidan-Kigiuk, dan Jalan Libang-Marakau juga ditutup disebabkan banjir, manakala Jalan Kituntul Lama ditutup kerana tanah runtuh.
"Hujan berterusan lebih tiga jam telah menyebabkan beberapa kawasan kampung di daerah ini telah dinaiki air iaitu Kampung Libang, Kituntul dan Marakau.
"Susulan itu, hingga 8 pagi ini seramai 45 mangsa daripada 14 keluarga dipindahkan ke PPS (pusat pemindahan sementara) di PPS Dewan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ranau yang dibuka pada 12.45 tengah malam tadi," menurut kenyataan itu.
Enam lokasi di daerah itu telah dikenal pasti sebagai lokasi berisiko di daerah Ranau iaitu Kampung Libang, Marakau, Kituntul, Silou, Lasing dan Bahab.
"Pemantauan pada pagi ini mendapati kejadian banjir sudah semakin surut," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir
#Ranau
#jalan terputus
#Kota Kinabalu-Sandakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan