awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: Gantian dokumen percuma kepada mangsa terjejas - JPJ

Bernama
Bernama
25/12/2021
13:43 MYT
Banjir: Gantian dokumen percuma kepada mangsa terjejas - JPJ
Inisiatif 'touch point' jabatan itu khusus untuk semua mangsa banjir di lokaliti terjejas yang mengalami kerosakan atau kehilangan dokumen berkenaan. - Gambar fail/ Bernama
PUTRAJAYA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menawarkan gantian dokumen penting seperti Lesen Memandu Malaysia (LLM), Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Sijil Pemilikan Sementara (VOC) secara percuma, kepada mangsa banjir di seluruh negara.
Menurut kenyataan yang disiarkan di laman Facebook rasmi JPJ, inisiatif 'touch point' jabatan itu khusus untuk semua mangsa banjir di lokaliti terjejas yang mengalami kerosakan atau kehilangan dokumen berkenaan.
"Pemilik perlu membuat laporan polis mengenai kehilangan atau kerosakan dokumen dan hadir sendiri membawa dokumen yang rosak bagi mendapatkan gantian di mana-mana pejabat kaunter JPJ.
"Bagi yang kehilangan dokumen asal pula, mereka perlu membawa salinan laporan polis atau Borang Pendaftaran Mangsa Bencana yang dikeluarkan Pejabat Daerah atau Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebagai bukti," menurut kenyataan itu.
[LAPOR LANGSUNG] Banjir ragut 46 nyawa, lebih 54,500 mangsa masih di PPS
JPJ memaklumkan pihaknya juga akan memberi kelonggaran dari segi pemantauan pematuhan dan penguatkuasaan, terhadap kenderaan perdagangan atau persendirian yang terlibat dalam operasi menyelamat serta membawa bekalan untuk mangsa banjir, sehingga bencana itu terkawal sepenuhnya.
Menurut JPJ, tindakan tersebut selaras dengan aspirasi Keluarga Malaysia yang turut mendorong jabatan itu untuk sentiasa siap siaga menghulurkan bantuan dalam bentuk tenaga kerja serta aset ke lapangan.
"Pihak JPJ dan seluruh warga kerja mendoakan agar semua mangsa banjir diberi kekuatan dan dipermudahkan dalam segala urusan," menurut kenyataan jabatan itu lagi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Banjir 2021
#JPJ
#ganti dokumen percuma
#lesen memandu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan