awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: Ibu dan bayi terkandas di Mentakab sudah diselamatkan

Nickyson Nyambar
Nickyson Nyambar
22/12/2021
15:15 MYT
Banjir: Ibu dan bayi terkandas di Mentakab sudah diselamatkan
Sebelum ini, satu paparan media sosial yang dikongsikan oleh media memaparkan bahawa terdapat beberapa individu bersama bayi terkandas di kampung terbabit. - Gambar/ Hotfm
KUALA LUMPUR: Ibu dan bayi yang dilaporkan terkandas akibat banjir di Kampung Tanjung Kerayong, Mentakab, Pahang telah diselamatkan oleh pasukan bomba daerah itu.
Perkara itu dimaklumkan oleh Sri Hartati Mohd Rasul yang merupakan jiran kepada dua beranak itu ketika dihubungi Astro AWANI pada Rabu.
Ujarnya, kedua-dua mereka kini selamat ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Mentakab sejak semalam.
"Pihak bomba datang sejak pagi kerana air naik cepat ketika subuh. Tidak pasti berapa lama terpaksa menunggu pihak berkuasa, tetapi saya difahamkan bahaya untuk kami bergerak ketika gelap (waktu malam)," kongsinya.
Sebelum ini, satu paparan media sosial yang dikongsikan oleh media memaparkan bahawa terdapat beberapa individu bersama bayi terkandas di kampung terbabit dan menyeru bantuan segera dihantar ke lokasi yang tertera.
"5.00 pagi, ada bayi yang terkandas bersama saya di Kampung Tanjung Kerayong, Mentakab, Pahang sekarang. Tolong!
"Kami sudah tunggu selama 12 jam dari semalam! Kami langsung tak sempat tidur," menurut paparan itu.
Topic Berkaitan
#banjir
#Mangsa terkandas
#Mentakab Pahang
#PPS Mentakab
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan