KUALA LUMPUR: Taman Sri Muda, Shah Alam menjadi fokus utama Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) hari ini dalam usaha maksimumkan misi menyelamatkan mangsa yang terperangkap di salah satu kawasan paling kritikal di Selangor.
Menurut Ketua Unit Integriti dan Pegawai Pengurusan Operasi Banjir, Morni Mamat sehingga pagi Isnin pihaknya belum mendapat jumlah yang tepat mangsa yang telah diselamatkan dan masih lagi terperangkap.
“Kita tidak pasti berapa ramai lagi mangsa yang masih terperangkap, banyak mesej yang kami terima di media sosial yang meminta untuk dibekalkan makanan kerana sudah terperangkap hampir tiga hari ini menyebabkan keadaan lebih kritikal.
“Jumlah mangsa yang dikeluarkan dari Taman Sri Muda ini juga kami tidak dapat jumlah yang tepat kerana misi kami adalah mengeluarkan mangsa di kawasan yang terjejas dan kami tidak pasti adakah mereka ini semua ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) atau ke rumah saudara atau ke homestay yang lebih selesa,” jelas beliau.
Beritahu Morni antara cabaran yang dihadapi dalam misi menyelamat di Taman Sri Muda, adalah kesukaran anggota penyelamat masuk ke lokasi yang ditenggelami air kerana kenderaan-kenderaan penduduk yang memenuhi sekitar kawasan berkenaan.
Hal tersebut sekaligus menyebabkan akses ke lokasi yang terjejas agak terbatas.
“Isu utama dalam operasi ini adalah akses ke kawasan terjejas telah terbatas oleh kerana banyak kenderaan penduduk yang telah diletakkan di kiri-kanan jalan, maka laluan lori bomba dan lori askar ke kawsasan berkenaan menjadi sukar,
“Misalnya malam tadi, pihak kami mengambil masa dua jam untuk mendirikan pusat kawalan bomba di sebabkan masalah-masalah tersebut,” katanya.
Sehingga kini sebanyak 69 anggota dan 21 bot telah pun digerakkan ke Taman Sri Muda bagi mempercepatkan misi menyelamat mangsa yang terperangkap.
Pihaknya juga menuntut kerjasama penduduk atau waris yang mengetahui lokasi mana-mana mangsa yang masih terperangkap di Taman Sri Muda untuk hadir ke Pusat Kawalan Bomba yang didirikan di kawasan berkenaan bagi memaklumkan kepada pegawai bertugas.
“Kerjasama penduduk akan memudahkan operasi anggota penyelamat mencari lokasi mangsa memandangkan mereka lebih mahir selok-belok jalan di kawasan berkenaan,”maklumnya.
Sejak Sabtu, Taman Sri Muda tular dengan rayuan dan rintihan penduduk yang meminta bantuan akibat terkandas di tingkat dua dan bumbung rumah masing-masing.
Azyyati Ahmad
Mon Dec 20 2021
Situasi banjir di sekitar kawasan Sri Muda yang ditenggelami air akibat banjir kilat. - Foto BERNAMA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
300 stesen pengecasan EV akan ditambah dalam tempoh dua tahun - Ab Rauf
Kerajaan Melaka cadang tambah hingga 300 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Menteri Luar Mesir ucap takziah kepada Malaysia atas bencana banjir
Menteri Luar Mesir Dr. Badr Abdelatty menyampaikan ucapan takziah kepada Malaysia susulan tragedi banjir yang mengorbankan nyawa dan menyebabkan kemusnahan besar.
Banjir: Anggaran kerugian sektor agromakanan lebih RM177 juta - Mohamad
Berdasarkan laporan awal kerosakan mengikut negeri, Kedah mencatatkan angka kerugian tertinggi iaitu lebih RM97 juta, diikuti Kelantan (lebih RM33 juta) dan Terengganu (lebih RM13 juta).
Hujan berterusan empat hari di Kelantan, Terengganu bermula Isnin
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan daerah Hulu Perak di Perak turut mengalami keadaan sama.
TNB perkenal sistem FARA bagi mengurus risiko banjir
TNB perkenal sistem FARA untuk urus risiko banjir, pastikan keselamatan aset dan pengguna.
Indonesia laksanakan operasi pengubahan cuaca untuk kurangkan hujan lebat di Jawa Barat
Indonesia telah melancarkan operasi pembenihan awan untuk mengurangkan kesan hujan lebat dan risiko banjir di Sukabumi dan Cianjur.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan banjir telah mula beroperasi - Fahmi
Fahmi berkata terdapat lima lagi stesen pemancar terkesan dengan bencana alam itu yang masih belum beroperasi.
KPM akan guna SOP baharu bagi sekolah berisiko dilanda banjir tahun depan
Kementerian Pendidikan (KPM) akan menggunakan prosedur operasi standard (SOP) baharu bagi pengurusan sekolah yang berisiko dilanda banjir bermula tahun depan.
Amaran hujan berterusan di lima negeri hingga esok
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di lima negeri hingga esok.
Banjir: Kos keseluruhan baiki jalan rosak dianggarkan RM312.1 juta setakat semalam - Nanta
Ia merangkumi RM247 juta bagi menyelenggara jalan Persekutuan, RM40.3 juta untuk pembaikan cerun jalan Persekutuan, manakala jalan negeri melibatkan kos RM24.8 juta.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.