awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perhimpunan GARAH tidak dibenarkan atas faktor keselamatan awam - Polis
Seorang maut akibat virus Nipah di Bangladesh - WHO
Sivasangari mara ke suku akhir Terbuka Windy City
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: JKM nasihat penduduk diarah pindah patuh arahan

Bernama
Bernama
18/09/2024
09:12 MYT
Banjir: JKM nasihat penduduk diarah pindah patuh arahan
Mangsa banjir ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Kompleks Rakan Muda, Banggol Besi, hari ini. - fotoBERNAMA
PENDANG: Penduduk yang terjejas banjir dinasihatkan supaya berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) jika diarahkan berbuat demikian bagi mengelak kejadian tidak diingini.
Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Kedah (JKM) Datuk Zulkhairi Zainol Abidin berkata mereka tidak perlu risau kerana bekalan makanan, khemah serta kemudahan yang disediakan di PPS lengkap dan mencukupi.
"Terdapat segelintir penduduk enggan berpindah atas alasan peribadi tetapi jika air naik mengejut mereka dinasihatkan segera berpindah dengan dibantu pasukan keselamatan ke PPS demi keselamatan diri dan keluarga. Kita juga beri jaminan bekalan diperlukan mencukupi dan keadaan di PPS terkawal.
"JKM dengan kerjasama agensi lain telah menguruskan operasi bagi memastikan kelancaran bantuan kepada mangsa termasuk menyediakan kaunselor berdaftar bagi membantu dari sudut emosi mereka yang terjejas akibat banjir," katanya ketika ditemui di PPS Rakan Muda Banggol Besi di sini hari ini.
Sementara itu, jumlah mangsa banjir di negeri ini meningkat kepada 2,194 orang setakat 8 pagi tadi berbanding 675 orang pada 5 petang semalam.
Mangsa terjejas terdiri daripada 388 keluarga dari enam daerah iaitu Kubang Pasu, Pendang, Kulim, Pokok Sena, Kuala Muda dan Kota Setar yang dipindahkan ke 11 PPS.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir pendang
#Pusat Pemindahan Sementara
#Jabatan Kebajikan Masyarakat Kedah
#Zulkhairi Zainol Abidin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan