KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di Johor, Selangor dan Melaka menunjukkan peningkatan manakala di Kelantan dan Perak merekodkan penurunan pada petang ini, berbanding pagi tadi.
Di JOHOR, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) dalam satu kenyataan memaklumkan empat daerah masih terjejas dengan banjir kilat membabitkan Tangkak, Kluang, Segamat dan Pontian, yang menyaksikan peningkatan jumlah mangsa kepada 345 orang setakat 4 petang ini berbanding 335 mangsa pagi tadi.
Menurut kenyataan itu, kesemua mangsa yang terdiri daripada 87 keluarga masih ditempatkan di enam pusat pemindahan sementara (PPS), dengan dua daripadanya dekat Segamat, iaitu di Balai Raya Kampung Batu Badak dan Dewan Komuniti Tasek.
PPS lain terdiri daripada Dewan Utama Kampung Ithnin Maarof di Kluang, Sekolah Kebangsaan (SK) Melayu Raya, Pontian, dan PPS yang beroperasi di daerah Tangkak adalah SK Simpang 5 Darat serta Sekolah Agama Simpang 5 Darat.
Di SELANGOR, portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) merekodkan peningkatan jumlah mangsa banjir kepada 184 mangsa daripada 51 keluarga setakat 2 petang ini berbanding 163 mangsa daripada 46 keluarga, pagi tadi.
SEMUA MENGENAI BANJIR DI SINI
Sebanyak tiga PPS masih beroperasi di negeri berkenaan iaitu Sekolah Kebangsaan Sungai Sireh; Sekolah Menengah Kebangsaan Jeram dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Yuk Chih Batang Berjuntai, masing-masing di Kuala Selangor.
Di MELAKA, jumlah mangsa banjir turut meningkat kepada 76 mangsa melibatkan 24 keluarga setakat 4 petang ini berbanding 66 orang daripada 21 keluarga pada pukul 8 pagi tadi, melibatkan kawasan di Alor Gajah dan Masjid Tanah.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Melaka dalam kenyataannya memaklumkan kesemua mangsa ditempatkan ke tiga PPS iaitu di Balai Raya Kampung Gadek, Dewan Japerun Durian Tunggal serta Dewan Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri Kesidang.
Sementara itu KELANTAN merekodkan 2,090 mangsa daripada 692 keluarga ditempatkan di lapan PPS di daerah Pasir Mas berbanding 2,124 mangsa daripada 713 keluarga, pada pukul 9 pagi tadi.
Di PERAK, jumlah mangsa banjir juga menurun kepada 194 mangsa pada 5 petang berbanding 245 mangsa tengah hari tadi susulan penutupan dua PPS di Dewan Orang Ramai Kampung Piandang, Seputeh di Ipoh dan Dewan Orang Ramai Kampung Jelapang, di daerah Larut Matang dan Selama.
Jurucakap Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) berkata penutupan kedua-dua PPS itu sekali gus menjadikan lima PPS masih beroperasi sehingga kini.
Selain itu di KEDAH, Ketua Bahagian Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia negeri itu Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain berkata PPS Surau Ittifaqiah, Baling yang menempatkan 19 mangsa daripada tujuh keluarga pagi tadi ditutup sepenuhnya pada 2 petang.
"Sementara itu, di daerah Kulim mangsa yang masih ditempatkan di PPS Masjid Sungai Seluang kekal 42 mangsa daripada 11 keluarga, setakat 4 petang ini," menurut kenyataan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 15 2022
Mangsa banjir di Kelantan dan Perak mencatatkan penurunan pada sebelah petang. - Gambar hiasan
Tiada bukti kaitkan guru dengan kes pedofilia di MRSM Tumpat - Polis
Tiada bukti dapat dikaitkan dengan seorang guru berhubung dakwaan berlaku kes pedofilia di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tumpat.
Polis tahan pasangan kekasih, rampas pistol dan dadah bernilai RM4.73 juta
Polis menahan sepasang kekasih dipercayai terlibat kegiatan pengedaran dadah di sekitar Lembah Klang dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM4.73 juta dalam serbuan di sebuah kondominium di Pucho
Suami kongsi gambar nikah, netizen beri kata-kata semangat buat Irma Hasmie
Perkongsian Redza menimbulkan respons yang pelbagai dalam kalangan netizen. Beberapa peminat turut dilihat memberikan kata-kata semangat kepada Irma.
Kotak hitam helikopter mendarat cemas di Pulau Angsa dihantar ke Itali
Kotak hitam helikopter AW139 milik Maritim Malaysia yang melakukan pendaratan cemas di sekitar perairan Pulau Angsa, Kuala Selangor telah dihantar ke Itali.
Leftenan Muda Min Youn satu-satunya penuntut bangsa Cina tamat latihan Komando
Leftenan Muda Chan Ming Youn dari Batalion Kedua Rejimen Renjer Diraja menjadi satu-satunya penuntut berbangsa cina yang berjaya menamatkan Kursus Asas Komando Gerup Gerak Khas (GGK) baru-baru ini.
Kawalan sempadan dipertingkat di sempadan Malaysia-Thailand
Polis Kelantan memantau perkembangan kejadian letupan dan insiden tembak menembak di Sungai Golok awal pagi Isnin dengan meningkatkan kawalan keselamatan di sempadan negara.
Pelancongan China dijangka meningkat
Sektor pelancongan China dijangka menyaksikan lonjakan berikutan perkembangan pasaran yang dibawa oleh Festival Qingming awal bulan ini.
Pelabur asing akhiri jualan lapan minggu, aliran masuk RM292 juta
Pelabur asing kembali menjadi pembeli bersih ekuiti domestik minggu lalu dengan nilai pembelian bersih berjumlah RM292.2 juta, menurut penyelidikan MIDF Research.
Sarawak komited jalin kerjasama denga Sweden
Lawatan kerja itu sebagai membalas jemputan oleh Menteri Perbadanan Pembangunan Antarabangsa Sweden Johan Forssel semasa pertemuan mereka tahun lepas.
Akaun fleksibel penuhi keperluan kecemasan M40, B40
Pengeluaran dijangka sederhana berikutan KWSP pada 2021 menganggarkan bahawa 60 peratus ahlinya telah kehabisan baki Akaun 2, kini dinamakan sebagai Akaun Sejahtera berikutan kemudahan pengeluaran yang disediakan ketika pandemik.
Banjir ragut 76 nyawa di seluruh Kenya
Daerah Nairobi terjejas teruk akibat banjir dengan hampir 17,000 isi rumah dipindahkan.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
UAE salur AS$544 juta baiki rumah penduduk yang rosak akibat hujan
UAE meluluskan pakej bernilai AS$544 juta untuk membantu membaiki kediaman penduduk yang terjejas semasa cuaca buruk baru-baru ini.
Asia rantau paling banyak dilanda bencana di dunia, kata agensi meteorologi PBB
WMO berkata ribut dan banjir mengakibatkan angka korban dan kerugian ekonomi tertinggi, sementara kesan gelombang haba menjadi lebih teruk.
Penduduk Durian Tunggal resah rumah berisiko dinaiki air selepas hujan lebat
"Setiap kali sambutan Aidilfitri saya tidak terfikir untuk menghias rumah seperti orang lain..."
Jawatankuasa Bertindak selesaikan masalah banjir di Hang Tuah Jaya
Jawatankuasa itu akan meneliti semua penyelesaian telah dirangka secara mikro serta makro dan pelaksanaanya akan dilakukan segera.
Banjir Dubai: UAE masih bergelut selepas ribut
Operasi di lapangan terbang dan hab perjalanan utama kekal terganggu selepas ribut melanda Selasa lalu.
Mangsa banjir di tiga negeri menurun - NADMA
Jumlah mangsa banjir menurun kepada 759 mangsa yang ditempatkan di enam pusat permindahan sementara setakat 6 pagi tadi.
Mangsa banjir di tiga negeri meningkat kepada 748 orang - NADMA
Terdapat tiga PPS beroperasi iaitu di daerah Petaling yang menempatkan 356 mangsa, PPS di Klang (204 mangsa) dan Kuala Selangor (54 mangsa).
Semua pihak diminta siap siaga, segera salurkan bantuan mangsa banjir - Ab Rauf
Wakil rakyat dan agensi berkaitan termasuk pihak berkuasa tempatan diarahkan supaya siap siaga dan menyalurkan bantuan awal kepada semua mangsa yang terjejas akibat banjir terutama di Alor Gajah.