Skip to main content

Malaysia

Mangsa banjir di tiga negeri meningkat kepada 748 orang - NADMA

81713394284_banjirkilat.jpg
81713394284_banjirkilat.jpg
Advertisement
KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka meningkat sedikit kepada 748 mangsa yang ditempatkan di lima pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 10 malam tadi berbanding 534 mangsa, petang semalam

Menurut laporan terkini Pusat Kawalan Bencana Negara Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), terdapat tiga PPS beroperasi iaitu di daerah Petaling yang menempatkan 356 mangsa, PPS di Klang (204 mangsa) dan Kuala Selangor (54 mangsa).

Di Negeri Sembilan, terdapat satu PPS yang diaktifkan iaitu di Port Dickson yang menempatkan 79 mangsa manakala di Melaka sebuah PPS dibuka di Alor Gajah membabitkan 55 mangsa, setakat 8 malam tadi.

Sementara itu, dua sungai berada pada paras bahaya iaitu di Sungai Klang, Selangor dan Sungai Besut, Terengganu namun, kedua-dua sungai berkenaan merekodkan trend menurun.

-- BERNAMA

Must Watch Video

Advertisement